Kehadiran pesawat pengintip Israel amaran buat Malaysia

Kehadiran pesawat pengintip Israel amaran buat Malaysia

Kuala Lumpur: Kehadiran pesawat pengintip berteknologi tinggi serta canggih milik Israel dalam ruang udara negara adalah amaran penting buat Malaysia.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kehadiran pesawat terbabit dalam ruang udara negara perlu diragui daripada segenap sudut supaya kesiapsiagaan aset pertahanan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

 

Perkara itu disuarakan oleh Penasihat Teknikal Pusat Kajian Terrorisme dan Ekstremisme Universiti Sains Arab Naif, Arab Saudi, Dr Mohd Mizan Aslam menyifatkan bahawa kehadiran pesawat itu lebih cenderung untuk mengintip termasuk lokaliti strategik negara.

 

“Tugasan biasa yang akan dilakukan oleh pesawat seperti ini adalah intipan, bukan saja untuk pesawat besar seperti ini malah sekecil pesawat ringan seperti Pilatus juga boleh diubahsuai menjadi pesawat pengintip yang efektif.

See also  Nak lari ke mana?

 

“Pesawat ini akan melakukan penerbangan secara berputar sama ada dalam bentuk bulatan atau pelbagai segi dengan menyedut segala bentuk maklumat yang gagal atau kurang jelas daripada imej cerapan satelit.

 

“Pesawat milik Israel ini dipercayai boleh melakukan intipan terhadap aset pertahanan negara dan pangkalan tentera udara mahupun laut menerusi intipan kamera kawalan jauh berdefinisi tinggi,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

 

Mohd Mizan menyatakan jika benar ia operasi pengintipan, pastinya pesawat itu akan mensasarkan lokasi strategik termasuk cerapan rutin harian.

See also  Facebook, Messenger, Instagram sekali lagi berdepan masalah

 

“Ramainya diaspora Palestin di Malaysia secara tidak langsung menjadikan negara kita subjek kepada sebarang bentuk serangan oleh Israel.

 

“Masyarakat Palestin yang belajar dan memperoleh pelbagai sokongan daripada kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dianggap sebagai ancaman kepada pihak Israel.

 

“Malah laporan media Haaretz pada 2017 serta 2018 jelas menyatakan bahawa rakyat Palestin di Malaysia melakukan latihan ketenteraan secara taktikal dan merangka strategi menyerang Israel,” katanya.

 

Menurutnya, pasukan keselamatan negara terutamanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pastinya berada dalam keadaan berjaga-jaga atas sebarang bentuk serangan secara fizikal mahupun berbentuk siber.

See also  Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya

 

Katanya, polis juga perlu mempertingkatkan kawalan terhadap semua aset penting dan individu tertentu di dalam dan luar negara terutamanya pimpinan dan rakyat Palestin umumnya di Malaysia.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kehadiran pesawat pengintip Israel amaran buat Malaysia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133203
Users Today : 1598
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20515
Users Last 30 days : 69218
Users This Month : 26928
Users This Year : 133202
Total Users : 133203
Views Today : 2575
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31918
Views Last 30 days : 108260
Views This Month : 41894
Views This Year : 204284
Total views : 204285
Who's Online : 7
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares