Lebih 1,000 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah kanak-kanak

Lebih 1,000 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah kanak-kanak

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Seramai 1,078 atau 18 peratus daripada 5,921 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Gambar hiasan

 

KOTA BHARU – Seramai 1,078 atau 18 peratus daripada 5,921 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.

 

Beliau berkata, antara daerah yang mencatatkan angka tinggi ialah daerah Kota Bharu yang menjangkau 517 kes, diikuti Pasir Mas (132 kes) serta Tumpat (120 kes) dan perkembangan ini agak membimbangkan.

See also  Kerajaan tidak pernah beri kuasa kompaun kepada pengurusan kondominium

 

“Orang ramai diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak membawa anak-anak ke tempat awam. Kita juga menasihati ibu bapa yang pulang ke rumah selepas berurusan di luar supaya membersihkan diri sebelum menyentuh atau berinteraksi dengan anak-anak mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

 

See also  30 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 16,840

Selasa lepas, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dan bayi menimbulkan kebimbangan berikutan mereka merupakan golongan berisiko dijangkiti selepas warga emas.

 

Sementara itu, menerusi hantaran di akaun Facebook, Dr Izani berkata, Kelantan merekodkan 754 kes baharu pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negeri ini adalah 24,723 kes dengan empat kluster baharu. – Bernama

See also  Bagaimana kopi mengubati atau menghindar dari penyakit metabolik

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lebih 1,000 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah kanak-kanak " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124527
Users Today : 3950
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22199
Users Last 30 days : 69872
Users This Month : 18252
Users This Year : 124526
Total Users : 124527
Views Today : 5974
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33753
Views Last 30 days : 108457
Views This Month : 27866
Views This Year : 190256
Total views : 190257
Who's Online : 20
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares