Lelaki mengamuk dengan parang mati ditembak Polis

Lelaki mengamuk mati ditembak

Oleh AZAHAR HASHIM

27 Mei 2021, 9:01 pm

 

KULIM – Seorang lelaki dipercayai penagih dadah mati ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dengan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Ulu Mahang di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek berusia 44 tahun maut di lokasi kejadian.

 

Sebelum kejadian, suspek yang dipercayai dalam pengaruh dadah mengamuk sambil mengacukan parang ke arah penduduk kampung.

See also  Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi

 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Roze Shaari berkata, suspek juga didakwa bertindak ganas apabila menyerang seorang warga emas lelaki sehingga mencederakan beberapa jari tangannya.

 

Katanya, pihak polis yang menerima maklumat daripada orang awam tentang kejadian amuk itu terus ke lokasi tersebut.

 

“Semasa anggota sampai di kampung itu, suspek telah menyerang seorang penduduk kampung dan cuba menenangkan suspek tetapi lelaki itu terus berlari ke sebuah bangsal sejauh satu kilometer.

See also  Berlumuran darah pergi balai polis

“Dua anggota terbabit kemudian terus memujuk suspek supaya keluar dari bangsal dan menyerah diri tetapi dia cuba menyerang seorang anggota polis yang berada kira-kira tiga meter dari kedudukannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini hari ini. – K! ONLINE

See also  Pasangan Kekasih Tergamak Ikat Anak Baru Lahir Dalam Plastik Hitam
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki mengamuk dengan parang mati ditembak Polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148450
Users Today : 57
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23756
Users Last 30 days : 79848
Users This Month : 42175
Users This Year : 148449
Total Users : 148450
Views Today : 70
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36356
Views Last 30 days : 122572
Views This Month : 64486
Views This Year : 226876
Total views : 226877
Who's Online : 18
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares