Remaja motosikal bising maki hamun Ketua kampung ditahan Polis

Remaja motosikal bising maki hamun Ketua kampung ditahan Polis

 

Banting: Polis menahan 20 individu termasuk remaja berusia 14 tahun kerana menunggang motosikal serta membuat bising di Jalan Kampung Sungai Kelambu, dekat sini, petang semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kesemua individu itu ditahan oleh unit kereta peronda (MPV) dan penguatkuasaan trafik selepas menerima maklumat daripada orang awam.

 

Katanya, dalam kejadian pada jam 5.30 petang, bilik gerakan menerima maklumat mengenai sekumpulan remaja menunggang motosikal serta membuat bising di Jalan Kampung Sungai Kelambu.

See also  PDRM siasat anggota polis soal gadis tak pakai bra di SJR

 

“Bertindak atas maklumat itu, unit MPV dan penguatkuasaan trafik menghala ke lokasi dan menahan 20 individu berusia dalam 14 hingga 21 tahun bersama 20 motosikal dengan dibantu oleh jawatankuasa keselamatan kampung.

 

“Kesemua individu berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan sebanyak 39 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalanraya 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

See also  Polis tembak warga asing disyaki terbabit samun

 

Terdahulu, beberapa gambar penahanan remaja serta satu video yang menunjukkan anggota polis sedang menegur seorang remaja yang dipercayai bersikap kurang ajar pada orang tua tular di media sosial.

 

Ahmad Ridhwan berkata, remaja berkenaan didapati mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ketua kampung yang turut hadir ke tempat mereka ditahan polis.

 

“Justeru, anggota berkenaan menegur perbuatan remaja yang tidak menghormati orang tua serta ketua masyarakat di kampung itu,” katanya.

See also  {{VIDEO}} Ibu bapa kanak-kanak tular panjat beranda diberi amaran

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Remaja motosikal bising maki hamun Ketua kampung ditahan Polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156682
Users Today : 523
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23337
Users Last 30 days : 78768
Users This Month : 50407
Users This Year : 156681
Total Users : 156682
Views Today : 915
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35328
Views Last 30 days : 121265
Views This Month : 77466
Views This Year : 239856
Total views : 239857
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares