Syukur, Allah hantar dia ke kedai saya

‘Syukur, Allah hantar dia ke kedai saya’

 

Kepala Batas: “Saya sudah lama mencari pakcik itu kerana pernah terbaca kisahnya yang tular sebelum ini dan bersyukur apabila Allah ‘hantarkan’ dia ke kedai saya,” kata pemilik kedai menjual dan membaiki kipas, Nur Asyifa Ajis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Nur Asyifa, 30, yang dikenali sebagai ‘Dr Kipas’ mengulas kisah pertemuannya dengan warga emas berstatus orang kurang upaya (OKU) sehingga tular di laman sosial selepas memuat naik hantaran di Facebook (FB).

 

Nur Asyifa mendapat pujian warganet kerana kesudiannya memberi kipas percuma kepada warga emas yang kudung kaki kiri.

 

Menurutnya, lelaki itu bersendirian ke premisnya di Taman Sena Jaya, di sini, jam 7.30 malam kelmarin dengan menaiki motosikal roda tiga.

See also  Anak mencari bapa kandung

 

“Ketika itu, premis saya hampir tutup kerana hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

“Tiba-tiba, pakcik itu datang masuk ke kedai dan menyatakan hasratnya untuk membeli kipas berdiri yang paling laju.

 

“Saya tidak tanya berapa bajetnya tetapi ada beritahu harga kipas berkenaan dan selepas itu, saya nampak dia seperti berkira-kira sesuatu mungkin kerana tidak cukup wang untuk membelinya,” katanya.

 

Melihat keadaan itu, Nur Asyifa terus tawarkan kipas secara percuma.

 

“Pakcik itu nampak berat hati pada mulanya untuk menerima pemberian saya dan memberitahu dia mahu membeli, bukannya meminta kipas itu secara percuma.

 

“Akan tetapi, saya berikan juga kipas itu secara percuma kerana tahu dia memerlukannya.

See also  Jangan abai cara mudah jimat bil elektrik rumah

 

“Lagipun, selepas diamati, baru saya sedar pernah terbaca kisah pakcik itu yang tular dan cuba mencarinya dulu tetapi tidak berjaya, jadi saya guna kesempatan ini untuk membantunya,” katanya berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang.

 

Nur Asyifa berkata, dia turut membantu memasukkan kipas ke ruang simpanan pada motosikal lelaki berkenaan.

 

Dia berkata, detik paling menyedihkan apabila dia melihat kaki palsu lelaki itu tercabut sewaktu mahu menghidupkan enjin motosikal.

 

“Saya cuba tahan sebak tetapi akhirnya menangis juga apabila melihat kaki palsu itu tercabut.

 

“Sebelum beredar, pakcik itu bersungguh mengucapkan terima kasih dan berkata tidak tahu bagaimana membalasnya melainkan mendoakan perniagaan saya maju serta dipertemukan jodoh yang baik.

See also  JKM Perlis mohon ibu atau waris kanak-kanak ini tampil segera

 

“Tak sangka perkongsian saya itu tular dan ramai sebenarnya bertanya bagaimana mereka boleh berhubung dengan pakcik itu kerana mahu membantu tetapi saya tidak sempat meminta nombor telefonnya jadi agak terkilan di situ,” katanya.

 

Disiarkan pada: May 27, 2021 @ 8:38pm

Oleh Redzuan Muharam

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Gambar FB Effa Asyifa

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Syukur, Allah hantar dia ke kedai saya " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149844
Users Today : 1451
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22346
Users Last 30 days : 79566
Users This Month : 43569
Users This Year : 149843
Total Users : 149844
Views Today : 1997
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33662
Views Last 30 days : 121822
Views This Month : 66413
Views This Year : 228803
Total views : 228804
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares