(TikTok) Jatuh Telungkup & Rebah Tiba2, Wanita Thailand Meninggal Semasa ‘Live’ Memasak

Jatuh Telungkup & Rebah Tiba2, Wanita Thailand Meninggal Semasa ‘Live’ Memasak

Kematian boleh terjadi bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia merupakan suatu kepastian dari Tuhan yang akan dialami oleh setiap orang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Begitulah seperti kejadian tidak disangka yang berlaku di negara jiran, Thailand ini.

 

Baru-baru ini, negara Thailand dikejutkan dengan berita seorang wanita dilaporkan maut ketika sedang membuat ‘live’ memasak.

 

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shinta, wanita Thailand tersebut kelihatan gembira saat berkongsi resepi masakannya dengan para penonton.

See also  Ini sebabnya Serangan Jantung kerap berlaku diawal pagi

 

 

Bagaimanapun, di pertengahan video wanita itu tiba-tiba jatuh terlungkup dan rebah ke lantai sambil kakinya dilihat terketar-ketar seperti kekejangan atau terkena strok.

 

Tidak lama kemudian, salah seorang ahli keluarganya menyedari kejadian tersebut dan menarik badan wanita itu serta menutup siaran berkenaan.

See also  [Video]Berang ditegur, seluar dalam jadi pelitup muka

 

Namun, video ‘live’ tersebut telah menjadi tular di serata media sosial. Malah, kisahnya itu telah mendapat liputan media di Thailand dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Difahamkan lagi, menerusi laporan portal Stickboy Bangkok, wanita berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Cik Pimporn dan telah lama menderita penyakit kelainan jantung.

 

Punca kematiannya dipercayai akibat serangan jantung.

See also  Jururawat lalai bagi suntikan kosong kepada penerima vaksin

 

Sumber: StickBoy Bangkok, TikTok Shinta

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " (TikTok) Jatuh Telungkup & Rebah Tiba2, Wanita Thailand Meninggal Semasa 'Live' Memasak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133193
Users Today : 1588
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20505
Users Last 30 days : 69208
Users This Month : 26918
Users This Year : 133192
Total Users : 133193
Views Today : 2557
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31900
Views Last 30 days : 108242
Views This Month : 41876
Views This Year : 204266
Total views : 204267
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares