{{VIDEO}} Ibu bapa kanak-kanak tular panjat beranda diberi amaran

Ibu bapa kanak-kanak tular panjat beranda diberi amaran

PUTRAJAYA – Ibu bapa seorang kanak-kanak lelaki yang videonya tular kerana memanjat beranda di sebuah kuarters penjawat awam di sini telah diberi amaran oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, ibu bapa kanak-kanak itu diberi amaran agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka supaya kejadian sama tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Beliau berkata, Ketua Balai Polis Presint 7 bersama dua pegawai JKM telah mengunjungi rumah kanak-kanak itu petang tadi.

See also  Kanak² Malang Disangka Ahli Sihir Telah Dibuang Keluarga

“Pegawai JKM juga telah mengambil butir-butir peribadi ibu bapa kanak-kanak tersebut dan menasihatkan agar kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka sentiasa dijaga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, pasangan suami isteri itu mempunyai enam orang anak, dan kanak-kanak yang tular itu merupakan anak keempat mereka.

“Ibu kanak-kanak itu seorang penjawat awam manakala bapanya adalah seorang pesara tentera,” ujarnya.

See also  Terima Kasih Bobby berjasa besar menyelamatkan penduduk dari kebakaran

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan dan bermain-main di luar beranda sebuah pangsapuri di sebuah kuarters penjawat awam, di sini.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan kanak-kanak itu memanjat pagar beranda dan berjalan di sepanjang kaki lima beranda itu sebelum menjenguk beranda di sebelah rumah jirannya.

Berdasarkan rakaman video itu, kanak-kanak berkenaan seperti sudah biasa memanjat pagar beranda berkenaan dan melakukan aksi ngeri. -K!ONLINE

See also  Video✓✓Kereta milik pemandu langgar lari penunggang basikal disita

 

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

27 Mei 2021, 11:15 pm

Gambar Media sosial

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {{VIDEO}} Ibu bapa kanak-kanak tular panjat beranda diberi amaran " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133193
Users Today : 1588
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20505
Users Last 30 days : 69208
Users This Month : 26918
Users This Year : 133192
Total Users : 133193
Views Today : 2558
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31901
Views Last 30 days : 108243
Views This Month : 41877
Views This Year : 204267
Total views : 204268
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares