Wanita cedera nekad bertarung elak  diperkosa lelaki tidak dikenali

Wanita cedera nekad bertarung elak  diperkosa lelaki tidak dikenali

 

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik hitam selepas hampir diperkosa seorang lelaki tidak dikenali di kawasan tempat letak kereta sekitar Kota Damansara pada Isnin lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia 21 tahun itu berada di luar kereta sebelum ditolak suspek dari arah belakang sehingga menyebabkan mangsa jatuh terlentang.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek kemudian telah bertindak menindih badan mangsa sambil meraba tubuh badan dan cuba membuka baju wanita berkenaan.

See also  “MENGGANGGU TUGAS PENJAWAT AWAM DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT AKHIRNYA MEMBAWA PADAH”

 

“Mangsa yang ketakutan itu telah meronta dan menjerit meminta tolong menyebabkan suspek bertindak menumbuk muka mangsa berkali-kali.

 

“Mangsa yang berjaya melepaskan diri telah menekan hon kereta menyebabkan suspek panik dan suspek melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Mengulas lanjut, akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan bengkak dan lebam pada mukanya dan telah membuat laporan polis pada hari kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

See also  Polis siasat video tular warga asing dipukul lelaki tempatan

 

“Siasatan awal mendapati, mangsa telah berselisih dengan suspek ketika berjalan kaki menuju ke keretanya yang diparkir dalam sebuah bangunan komersial di kawasan tempat letak kereta di sekitar Kota Damansara.

 

“Suspek dipercayai warga tempatan berasal dari Sabah berusia 25 tahun, berketinggian kira-kira 165 sentimeter dan mempunyai tatu penuh di tangan kanan,” jelasnya.

 

Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan serta Seksyen 323 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa. – K! ONLINE.

See also  [Video] Mengamuk ditegur jangan berniaga dikawasan parkir

 

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF

26 Mei 2021, 3:35 pm

Gambar: polis

 

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita cedera nekad bertarung elak  diperkosa lelaki tidak dikenali " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156040
Users Today : 830
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24435
Users Last 30 days : 79864
Users This Month : 49765
Users This Year : 156039
Total Users : 156040
Views Today : 1426
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36938
Views Last 30 days : 122980
Views This Month : 76257
Views This Year : 238647
Total views : 238648
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares