{Video} Akibat perselisihan faham, dua keluarga dirakam bergaduh guna senjata

Akibat perselisihan faham, dua keluarga dirakam bergaduh guna senjata

Sinar Harian

Mei 29, 2021 09:18 MYT

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

JOHOR BAHRU: Hanya kerana perselisihan faham, dua keluarga terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas di sini pada Rabu.

Malah, pergaduhan yang turut menggunakan senjata itu tular dalam media sosial selepas seorang saksi di tempat kejadian dipercayai penduduk tempatan merakam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada jam 6.45 petang Rabu.

See also  Polis dan Orang Awam bantu kereta rosak

“Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku antara dua buah keluarga berpunca daripada masalah peribadi.

“Kejadian tersebut telah dirakam seseorang yang tidak dikenali dan telah tular dalam media sosial.

“Berdasarkan risikan dan maklumat, pihak polis telah berjaya 10 suspek berusia antara 12 hingga 45 tahun.

“Kesemua suspek juga sudah diambil tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini pergaduhan tersebut yang melibatkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai bergaduh dengan sebuah keluarga di PPR berkenaan tular sebelum kejadian itu disiasat pihak polis.

See also  Bayi masih bertali pusat ditemukan di luar pagar rumah

Rupiah berkata, kompaun sudah dikeluarkan terhadap semua suspek di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

“Pergaduhan yang berlaku pula sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata,” katanya.

Katanya, polis menanggap kes berkenaan sudah selesai dengan tertangkapnya semua suspek.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP dan sebarang kejadian perlu dilaporkan ke balai berhampiran atau berhubung ke pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-556312222.

See also  Video@geng tua bangka pula tunjuk samseng pukul seorang lelaki

Artikel asal di Sinar Harian: Dua keluarga bergaduh guna senjata

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Akibat perselisihan faham, dua keluarga dirakam bergaduh guna senjata " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149918
Users Today : 1525
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22420
Users Last 30 days : 79640
Users This Month : 43643
Users This Year : 149917
Total Users : 149918
Views Today : 2106
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33771
Views Last 30 days : 121931
Views This Month : 66522
Views This Year : 228912
Total views : 228913
Who's Online : 15
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares