Kes Covid-19 dijangka cecah 13,000 kes pada 14 Jun.
Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes tersebut mengikut trend terkini peningkatan graf jangkitan Covid-19 di negara ini.
29 Mei 2021

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan jumlah kes pandemik Covid-19 boleh mencecah angka 13,000 kes menjelang 14 Jun mengikut trend terkini peningkatan graf jangkitan Covid-19 di negara ini.
Berdasarkan trend tersebut, kadar kebolehjangkitan pada Sabtu sehingga 14 Jun tahun ini meningkat kepada 1.2 berikutan ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).
Sumber gambar daripada ciapan Twitter milik Dr Noor Hisham
Sumber gambar daripada ciapan Twitter milik Dr Noor Hisham
“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt jangkaan mengikut kes seharian pada 28 Mei 2021 untuk seluruh negara ialah 1.15,” katanya dalam ciapan Twitter miliknya pada Sabtu.
Pada Jumaat, krisis Covid-19 semakin buruk apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan.
Angka tersebut merupakan yang tertinggi selama empat hari berturut-turut bermula Selasa lalu.
Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 549,514.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kes Covid-19 dijangka cecah 13,000 kes pada 14 Jun " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.