Pengguna LRT, MRT pada 27 dan 28 Mei diminta jalani ujian jika bergejala

Pengguna LRT, MRT pada 27 dan 28 Mei diminta jalani ujian jika bergejala

Penumpang yang menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) pada 27 dan 28 Mei lalu diminta membuat saringan kesihatan di pusat kesihatan terdekat jika terdapat gejala berkaitan Covid-19.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ini selepas dua penumpang menyatakan mereka didapati positif Covid-19 selepas menggunakan pengangkutan awam itu pada waktu puncak pagi semalam dan kelmarin.

 

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid KL) yang merupakan anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan laluan LRT, MRT dan monorel di Lembah Klang berkata laluan terlibat adalah seperti berikut:

See also  *Hospital Miri nafi wanita terlepas masuk ke wad Covid-19*

 

1) Laluan LRT Kelana Jaya (Wangsa Maju ke Pasar Seni) antara jam 7.30 pagi dan 8.30 pagi pada 28 Mei

 

2) Laluan MRT Kajang (Pasar Seni ke Semantan) antara jam 7.30 pagi dan 8.30 pagi pada 28 Mei

 

3) Laluan LRT Kelana Jaya (Taman Melati ke KLCC) – antara 8 pagi dan 9 pagi pada 27 Mei

See also  Nak kuat hingga menyebabkan alat kelamin rosak kekal

 

Dalam kenyataannya, Rapid KL juga mengalukan-alukan sikap keterbukaan kedua-dua penumpang berkenaan.

 

“Kami menasihati para penumpang untuk sentiasa mematuhi SOP ketika menggunakan perkhidmatan tren khususnya pemakaian pelitup muka dengan betul.

 

“Jika boleh, gunakan pelitup muka berganda (double face mask) untuk menjaga kesihatan masing-masing,” kata kenyataan itu.

 

Menurutnya lagi, kesemua tren Rapid KL disanitasi setiap malam untuk memastikan keselamatan dan keselesaan para penumpang mereka.

 

“Sekiranya mempunyai tanda-tanda bergejala, elakkan menggunakan perkhidmatan tren dan meletakkan para penumpang lain dalam risiko,” tambah kenyataan itu.

See also  Hanya mampu beri anak autisma minum susu manis

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pengguna LRT, MRT pada 27 dan 28 Mei diminta jalani ujian jika bergejala " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156140
Users Today : 930
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24535
Users Last 30 days : 79964
Users This Month : 49865
Users This Year : 156139
Total Users : 156140
Views Today : 1693
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37205
Views Last 30 days : 123247
Views This Month : 76524
Views This Year : 238914
Total views : 238915
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares