Lelaki Terselamat Diserang Buaya Di Sungai Gadong

Lelaki Terselamat Diserang Buaya Di Sungai Gadong – Sabah Post

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Keadaan mangsa selepas diserang buaya.

 

BEAUFORT: Seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri selepas bergelut dengan seekor buaya dalam kejadian di kawasan laut di Sungai Gadong, di sini, semalam.

 

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Kasturi Alang, 53, terpaksa menerima 17 jahitan selepas cedera di bahu dan belakang badan akibat digigit reptilia berkenaan.

 

Kasturi yang ditemui berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri serta ibu mertua pergi ke tempat kejadian untuk mencari siput.

See also  PENGUMUMAN Covid19 Kg Paka 2 dan Pekan Ranau

 

Katanya, mereka kemudiannya berpecah ke tempat berasingan untuk mencari hasil siput di kawasan laut berkenaan.

 

“Bagaimanapun, dalam sekelip mata, saya diserang dari arah belakang oleh seekor buaya. Saya terpaksa bergelut hampir lima minit di dalam air sebelum berjaya melepaskan diri.

 

“Isteri dan ibu mertua yang berada berhampiran juga tidak dapat berbuat apa-apa namun bernasib baik kerana tidak diserang buaya berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

See also  [Video] Harimau Belang Berkaki Tiga memerlukan perlindungan segera

Kasturi berkata, selepas berjaya keluar menyelamatkan diri, dia menyedari mengalami kecederaan di belakang badan dan bahu kanan.

 

Katanya, mereka kemudiannya bergegas keluar dari kawasan itu dan terus ke Klinik Kesihatan Padas Damit untuk mendapatkan rawatan.

 

“Saya kemudiannya dihantar ke Hospital Beaufort untuk menerima rawatan lanjut susulan kecederaan yang dialami,” katanya.

 

Kasturi yang tinggal di Kampung Bintuka berkata, sebelum ini mereka sedia maklum kawasan itu sememangnya ada buaya namun tidak pernah berlaku sebarang kejadian serangan haiwan berkenaan.

See also  Aksi berani menyelamatkan Kucing dari lemas oleh insan insan terpilih.

 

Katanya, dia bersyukur kerana terselamat dan kini berada dalam keadaan stabil serta dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan.

339

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki Terselamat Diserang Buaya Di Sungai Gadong " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139352
Users Today : 528
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21481
Users Last 30 days : 74008
Users This Month : 33077
Users This Year : 139351
Total Users : 139352
Views Today : 709
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33357
Views Last 30 days : 114524
Views This Month : 51099
Views This Year : 213489
Total views : 213490
Who's Online : 35
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares