Makluman Kes Sepak Barang dalam kedai, mendatangkan Kecederaan dan Khianat


Balai/No. Repot
Kuala Terengganu 4506/21
Tempat Kejadian
Kedai 7-eleven, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
Pegawai Penyiasat
Insp Fakhrur Razzi bin Mohd Isa
Klasifikasi
Sek 323 KK & 427 KK
Pengadu/Mangsa
1. Nama: Saufia Alias
Umur: 23 tahun
Pekerjaan: Pelajar
2. Nama: Rashdan bin Rosman
Umur: 28 tahun
Pekerjaan: Arkitek
Tangkapan
Nama : Umar Isa Hafizi bin Ahmad Faris
Umur : 25 tahun
Alamat : 1855-H Kg Nibong, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.
Rekod lampau : tiada
Urine : Negatif
Ringkasan kes
Pengadu, 1 Perempuan Melayu, seorang pelajar menyatakan pada 27/05/2021 jam lk 1410, semasa pengadu sedang bekerja di Kedai 7 Eleven, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu telah datang 1 Lelaki Melayu yang tidak dikenali telah masuk ke dalam kedai dan telah menendang seorang pelanggan kedai menyebabkan terlanggar rak-rak barang dan menyebabkan barang terjatuh. Selain itu, lelaki tersebut juga telah menendang pengadu di bahagian bahu sebelah kiri dan cuba menumbuk pengadu namun pengadu sempat mengelak. Seorang pelanggan yang bekerja di Petronas bersebelahan yang masuk ke kedai untuk membeli barang juga ditendang beberapa kali oleh lelaki tersebut.
Hasil Siasatan
1. Terdapat 3 mangsa dalam kejadian ini, di mana pengadu dan seorang mangsa telah membuat laporan polis. Laporan polis yang dibuat mangsa adalah bersabit Kuala Terengganu 4509/21. Rakaman percakapan pengadu dan mangsa telah diambil. Seorang lagi mangsa yang bekerja di Petronas masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku. Sedang dikesan.
2. Menurut pengadu, saspek kerap datang ke kedai 7-Eleven untuk membeli barang namun tidak pernah membuat masalah. Ini adalah kejadian kali pertama. Akibat daripada itu, pengadu telah mengalami sakit di bahagian bahu dan belakang badan manakala mangsa sakit di bahagian perut. Selain itu, saspek juga telah menendang rak sehingga menyebabkan terdapat barangan yang jatuh. Anggaran kerugian lebih kurang RM100.
3. Saspek memakai baju merah dan berseluar jeans biru serta berambut perang. Pengadu dan mangsa boleh camkan muka saspek.
4. Hasil rakaman CCTV dapati, saspek yang memakai baju tshirt berwarna merah dan berseluar jeans telah masuk ke dalam kedai dan secara tiba-tiba telah menendang mangsa sebelum cuba menyerang pengadu dengan menendang di bahagian bahu kiri dan cuba menumbuk namun pengadu berjaya mengelak.
5. IO telah berikan Pol 59 kepada pengadu dan mangsa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Gambar pengadu dan mangsa juga telah diambil.
6. Saspek telah ditangkap pada 28/5/2021 jam lk 2200. Tangkapan dapat perintah tahan reman sehingga 31/5/2021.
Untuk makluman
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Makluman Kes Sepak Barang dalam kedai, mendatangkan Kecederaan dan Khianat " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.