Selamba keluar rumah beli minuman, lelaki pakai gelang pink dikompaun RM4,000

Selamba keluar rumah beli minuman, lelaki pakai gelang pink dikompaun RM4,000 – Semasa

SERINGKALI kita disajikan dengan berita mengenai sikap segelintir individu yang melanggar perintah kuarantin dan tanpa rasa bersalah keluar dari kediaman masing-masing walaupun memakai gelang kuarantin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Terbaharu, seorang lelaki menerima padahnya apabila dikenakan kompaun RM4,000 selepas didapati keluar rumah bagi membeli minuman di sebuah kedai di Taman ACBE petang Ahad.

See also  Remaja 20 Tahun Tanpa Sejarah Penyakit Antara 63 Kes Kematian Covid-19

 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, tindakan lelaki berusia 53 tahun itu yang memakai gelang kuarantin disedari orang ramai kira-kira jam 5 petang sebelum menghubungi polis.

 

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

 

“Dia memandu kereta secara sendirian dari rumahnya yang terletak berhampiran kedai runcit namun tidak masuk ke dalam kedai.

See also  Gambar anak sakit disalah guna mohon derma

 

“Dia kemudiannya ditahan dan dikompaun RM4,000 kerana gagal mematuhi perintah kuarantin yang dikenakan ke atasnya,” katanya.

 

Berdasarkan rekod, lelaki tersebut menjalani kuarantin bermula Khamis lalu sehingga 6 Jun ini.

 

Chang Hook menambah, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas individu yang didapati melanggar perintah kuarantin kerana mereka wajib berada di rumah bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. – SINAR HARIAN

See also  Timbus lubang lorong tikus untuk rentas negeri

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Selamba keluar rumah beli minuman, lelaki pakai gelang pink dikompaun RM4,000 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156037
Users Today : 827
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24432
Users Last 30 days : 79861
Users This Month : 49762
Users This Year : 156036
Total Users : 156037
Views Today : 1416
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36928
Views Last 30 days : 122970
Views This Month : 76247
Views This Year : 238637
Total views : 238638
Who's Online : 4
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares