Tiga jururawat dikompaun jumpa rakan pakai gelang ‘pink’

Tiga jururawat dikompaun jumpa rakan pakai gelang ‘pink’

 

SUNGAI PETANI – Tiga orang jururawat dikompaun RM4,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tiga jururawat yang bertugas di sebuah hospital swasta berusia antara 34 hingga 45 tahun itu dikesan melanggar SOP dengan menyerahkan sumbangan kepada rakan mereka yang dikenakan pemakaian gelang merah jambu.

 

Menurutnya, ketiga-tiga mereka telah berkunjung ke rumah salah seorang rakan yang juga seorang jururawat yang dikenakan perintah kuarantin sebelum memuat naik ke akaun Facebook sehingga menjadi tular.

See also  Wanita dakwa ibu tersalah terima vaksin Sinovac

 

“Tindakan itu dikesan melalui satu hantaran di akaun Facebook pada jam lebih kurang 9.10 malam pada Ahad di mana ketiga-tiga jururawat yang bertugas di sebuah hospital swasta di sini telah ke rumah rakan mereka yang dikenakan perintah kuarantin.

 

“Mereka telah hadir ke balai polis dan soal siasat ke atas kesemuanya mengaku melakukan kunjungan ke Kampung Pulau Tengah untuk memberikan sumbangan kepada rakan yang sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah akibat kontak rapat pesakit positif Covid-19,” katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

See also  CCTV ✓✓ Empat lelaki bersenjata kapak, tukul samun kedai emas

 

Adzli berkata, hasil pemerhatian berpandukan gambar yang tular di Facebook mendapati ketiga-tiga jururawat itu gagal mematuhi SOP PKP.

 

Kesemua jururawat itu diterangkan kesalahan yang dilakukan dan dikeluarkan kompaun sebanyak RM4,000 seorang.

 

Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 (Aktiviti terlarang Nombor 1).

 

Kesemua mereka telah diberikan penerangan agar menjelaskan kompaun dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah.

 

Adzli bagaimanapun menasihati orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP dalam melaksanakan apa juga tindakan.

See also  Lelaki OKU PENDENGARAN gelang pink ditahan di pasar raya

 

“Apa jua aktiviti yang hendak dijalankan, sama ada dibenarkan atau pun tidak, mahupun untuk kebaikan, mestilah mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

“Jika ingkar, kita akan ambil tindakan tanpa memilih kasih,” tegasnya.

 

▶️???????????????????? ????????????????????????

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga jururawat dikompaun jumpa rakan pakai gelang 'pink' " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156715
Users Today : 556
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23370
Users Last 30 days : 78801
Users This Month : 50440
Users This Year : 156714
Total Users : 156715
Views Today : 998
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35411
Views Last 30 days : 121348
Views This Month : 77549
Views This Year : 239939
Total views : 239940
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares