[VIDEO] Bakar kereta kerana cemburu

Bakar kereta kerana cemburu

 

KUCHING: Seorang wanita warga China ditahan bagi membantu siasatan kes khianat membabitkan sebuah kereta yang musnah terbakar di Jalan Song Thian Cheok, di sini, awal pagi tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Padungan, kira-kira jam 2 pagi.

 

Beliau berkata, kes dipercayai berpunca akibat cemburu dan siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

See also  Curi Motosikal dirakam kamera

 

“Wanita ini ditahan hasil maklumat diperoleh pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Padungan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.46 pagi.

See also  'Pembunuh' kucing sudah ditahan

 

Beliau berkata, tujuh anggota dengan sebuah jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

“Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kenderaan Proton Exora sedang terbakar di kawasan parkir sebuah bangunan kedai.

 

“Pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya. Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini,” katanya.

See also  WOWKantin Sekolah Diubah Macam Hotel, Harga Makanan Pun Bawah RM2

▶️Berita Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO] Bakar kereta kerana cemburu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156041
Users Today : 831
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24436
Users Last 30 days : 79865
Users This Month : 49766
Users This Year : 156040
Total Users : 156041
Views Today : 1429
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36941
Views Last 30 days : 122983
Views This Month : 76260
Views This Year : 238650
Total views : 238651
Who's Online : 0
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares