{VIDEO Tular} Lelaki mabuk dibelasah pekerja pasar raya tak pakai pelitup muka

Lelaki mabuk dibelasah pekerja pasar raya tak pakai pelitup muka

 

Padawan: Seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan tidak mahu memakai pelitup muka ketika memasuki sebuah pasar raya di Kota Sentosa, sini, dibelasah beberapa pekerja premis perniagaan itu, kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Rakaman video pergelutan yang tercetus ketika pekerja pasar raya itu cuba menghalau lelaki terbabit turut tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, kejadian berlaku di pasar raya itu sekitar 4.30 petang.

See also  Video✓✓Tak puas hati dikompaun, lelaki pertikai tugas polis ditahan

 

Katanya, pasukan Task Force 4 Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan segera ke tempat kejadian namun apabila tiba di situ, lelaki yang dipukul itu sudah beredar.

 

“Polis berjumpa dengan pengurus pasar raya terbabit dan hasil siasatan mendapati lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai dalam keadaan mabuk masuk ke pasar raya tanpa memakai pelitup muka.

See also  Polis maut dilanggar pemandu mabuk

 

“Sebelum kejadian, lelaki terbabit dinasihatkan pihak pengurusan pasar raya untuk memakai pelitup muka tetapi berdegil lalu mengamuk sebelum pekerja pasar raya itu terpaksa menggunakan kekerasan menghalaunya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Jaw Shyong berkata, pihaknya sudah mendapatkan maklumat daripada orang awam dan dimaklumkan lelaki terbabit tidak mengalami kecederaan yang serius.

 

Katanya, sehingga jam 6 petang semalam, tiada sebarang laporan polis diterima daripada mana-mana pihak berkaitan kejadian itu.

See also  VIDEO✓✓Padah Lelaki serang kekasih kena belasah

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO Tular} Lelaki mabuk dibelasah pekerja pasar raya tak pakai pelitup muka " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146294
Users Today : 2743
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21600
Users Last 30 days : 77692
Users This Month : 40019
Users This Year : 146293
Total Users : 146294
Views Today : 3758
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32815
Views Last 30 days : 119031
Views This Month : 60945
Views This Year : 223335
Total views : 223336
Who's Online : 44
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares