Dua lori bawa buluh, hasil hutan tanpa kebenaran ditahan

Dua lori bawa buluh, hasil hutan tanpa kebenaran ditahan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

IPOH: Jabatan Perhutanan Perak menahan dua lori membawa muatan 1,000 batang buluh dan hasil hutan tanpa kebenaran di Kuala Bikam-Jalan Teluk Intan dan sekatan jalan raya (SJR) Slim River semalam.

 

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, tangkapan pertama di Kuala Bikam-Jalan Teluk Intan dilakukan penguat kuasa Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan susulan maklumat awam mengenai sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

 

Katanya, semasa pemantauan dilakukan, didapati seorang pemandu lori berada di lokasi tersebut dan disyaki membawa muatan hasil hutan.

 

See also  VIDEO✓✓Sindiket Ah Long Bangladesh tumpas

“Lori itu ditahan di simpang masuk Kuala Bikam-Jalan Teluk Intan di mana pemeriksaan mendapati, lori tersebut membawa hasil hutan iaitu 1,000 batang buluh.

 

“Pemandu lori yang gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran membawa hasil hutan enggan memberi kerjasama dan bertindak agresif dengan membuang hasil hutan yang dibawa ke tepi jalan sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Menurut beliau, pemandu lori itu bagaimanapun menyerah diri selepas lapan jam lori dipandunya ditahan dan siasatan mendapati buluh tersebut digunakan sebagai pancang untuk tanaman sayur.

 

Katanya, pada hari sama, sebuah lori membawa muatan hasil hutan ditahan di SJR Tol Slim River di mana pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Jabatan Perhutanan.

See also  Video Mendebarkan Saat Bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri

 

“Pemeriksaan mendapati, pemandu tersebut membawa lori dengan muatan 57 batang kayu jaras pelbagai spesies tanpa pas pemindah.

 

“Kedua-dua pemandu lori yang ditahan bagaimanapun dilepaskan dengan bon jaminan polis setelah keterangan diambil dan kedua-dua lori bersama muatan disita seterusnya dibawa ke Stor Rampasan Barang Jabatan Perhutanan Perak,” katanya.

 

Katanya, kedua-dua pemandu lori itu boleh didakwa di bawah Seksyen 68(1) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 iaitu kesalahan membawa hasil hutan tanpa pas pemindah.

See also  {Perkongsian VIDEO }Harimau dahan kejutkan penduduk

 

“Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua lori bawa buluh, hasil hutan tanpa kebenaran ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156098
Users Today : 888
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24493
Users Last 30 days : 79922
Users This Month : 49823
Users This Year : 156097
Total Users : 156098
Views Today : 1624
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37136
Views Last 30 days : 123178
Views This Month : 76455
Views This Year : 238845
Total views : 238846
Who's Online : 5
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares