Jambatan Kampung Roboh Angkara Lori Tipper

Jambatan yg menghubungkan Kg Tg Jering dan Kg Sentosa, Bachok yg dijadikan ‘lorong tikus’ akhirnya runtuh ekoran sebuah lori tipper cuba menyeberangi jambatan tersebut..
Makluman awal dikatakan, laluan tersebut sering digunakan penduduk bagi mengelak melalui sekatan jalanraya oleh PDRM di jalan utama..
Berita baru Kemaskini
Jambatan besi runtuh, gagal tampung berat lori bawa batu
01 Jun 2021
ADILA SHARINNI WAHID
BACHOK – Sebuah jambatan besi yang digunakan penduduk sebagai laluan alternatif antara Kampung Tanjung Jering dan Kampung Berhala, Tawang di sini ditutup kerana runtuh akibat gagal menampung berat sebuah lori bermuatan batu yang melaluinya.
Kejadian berlaku pada jam 6.30 petang, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Mohammad Ismail Jamaluddin berkata, seorang pengadu yang berada di rumah dimaklumkan oleh rakannya bahawa jambatan yang menghubungkan Kampung Tanjung Jering dengan Kampung Berhala runtuh.
“Kejadian berlaku akibat lori bermuatan batu kasar yang berat melalui jambatan tersebut.
“Jambatan kini ditutup dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.
Jambatan besi yang digunakan penduduk sebagai laluan alternatif antara Kampung Tanjung Jering dan Kampung Berhala, Tawang, Bachok ditutup kerana runtuh.
Beliau berkata, tidak ada kecederaan dilaporkan dan pemandu lori tersebut juga selamat.
“Pemeriksaan butiran, lesen dan semua dokumen perjalanan pemandu lori berkenaan adalah sah mengikut undang-undang.
“Lori dialihkan pada jam 7 petang,” katanya.
Ujar beliau, jambatan adalah laluan alternatif bagi memendekkan jarak perjalanan penduduk antara kedua-dua kampung berbanding jarak di laluan utama kira-kira 1.5 kilometer.
“Jambatan tersebut tidak boleh digunakan oleh semua kenderaan sehingga ia dibaiki,” katanya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Jambatan Kampung roboh angkara lori tipper " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.