Pemandu rempuh motosikal dakwa mengantuk

Pemandu rempuh motosikal dakwa mengantuk

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pasir Gudang: Pemandu Perodua Axia yang terbabit dalam kejadian langgar lari sebuah motosikal di Jalan Rambai, Taman Kota Masai, di sini, petang tadi, sudah ditahan polis.

 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan jam 5.30 petang di kediamannya di Taman Kota Masai.

Katanya, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam berjaya mengesan dan menahan pemandu itu.

See also  Anggota Polis maut Covid-19, kenapa kuarantin dirumah untuk yang bergejala?

 

“Siasatan awal pemandu itu mendakwa mengantuk menyebabkan dia terbabas dan melanggar penunggang motosikal. Pemandu kereta itu juga turut didapati tiada lesen memandu.

“Dalam kemalangan jam 1.24 tengah hari itu, penunggang motosikal berusia 34 tahun dari arah Kota Masai 2 menghala ke Jalan Jambu cedera parah dilanggar dirempuh kereta dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

See also  Rakaman Motosikal melambung akibat masalah brek

 

Mohd Sohaimi berkata, penunggang motosikal itu patah kaki kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

 

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Dalam video berdurasi 2 minit 58 saat itu memaparkan Perodua Axia berada di laluan bertentangan dan melarikan diri selepas merempuh motosikal.

See also  Rakaman dashcam kes melawan arus dan melanggar penunggang motorsikal

 

Info Berkaitan

https://alhadi.my/2021/05/31/rakaman-dashcam-kes-melawan-arus-dan-melanggar-penunggang-motorsikal/

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu rempuh motosikal dakwa mengantuk " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146205
Users Today : 2654
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21511
Users Last 30 days : 77603
Users This Month : 39930
Users This Year : 146204
Total Users : 146205
Views Today : 3645
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32702
Views Last 30 days : 118918
Views This Month : 60832
Views This Year : 223222
Total views : 223223
Who's Online : 53
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares