Seludup dadah dalam alat pemadam api

Seludup dadah dalam alat pemadam api

 

Johor Bahru: Polis Johor menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Singapura menggunakan lori ais untuk membawa bahan larangan itu yang disembunyikan dalam alat pemadam susulan operasi di sekitar bandar raya ini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejayaan hasil perkongsian maklumat Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

See also  Lelaki mengamuk dengan parang mati ditembak Polis

Katanya, bertindak atas maklumat berkenaan, sembilan serbuan dilancarkan di sekitar bandar raya ini, kira-kira jam 1.20 pagi semalam.

 

“Dalam serbuan yang dilakukan sekitar Johor Bahru itu, sembilan suspek membabitkan tujuh lelaki dan seorang wanita tempatan selain seorang lelaki warga Indonesia berusia 26 hingga 46 tahun ditahan.

“Siasatan awal mendapati sindiket menyembunyikan dadah dalam alat pemadam api yang diubahsuai sebelum diseludup dengan lori ais ke Singapura dan mereka beroperasi sejak kira-kira tiga bulan lalu.

See also  Video✓✓LELAKI TULAR HAYUN SABIT POSITIF DADAH

 

“Turut dirampas 7.12 kilogram ganja, 4.52 kilogram syabu dan 3.11 kilogram heroin yang kesemuanya bernilai RM215,283.20.

 

“Polis juga turut menyita lapan kereta bernilai RM172,000, wang tunai RM1,200 dan pelbagai barang kemas bernilai RM11,693,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Ayob Khan berkata, hasil saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah manakala tiga suspek lagi mempunyai rekod kesalahan dadah dan jenayah.

 

“Kesemua suspek direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

See also  Rakaman Curi Telefon Demo Set

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Seludup dadah dalam alat pemadam api " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139632
Users Today : 808
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21761
Users Last 30 days : 74288
Users This Month : 33357
Users This Year : 139631
Total Users : 139632
Views Today : 1109
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33757
Views Last 30 days : 114924
Views This Month : 51499
Views This Year : 213889
Total views : 213890
Who's Online : 31
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares