{Video} Polis berkas empat lelaki rusuh bersenjata

Polis berkas empat lelaki rusuh bersenjata

 

KLANG – Polis memberkas empat lelaki selepas disyaki terlibat dalam rusuhan membabitkan sebilah pedang samurai yang tular di media sosial.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kesemua suspek berusia 26 hingga 36 tahun itu ditangkap pukul 2 hingga 4 pagi tadi di sekitar Taman Sentosa di sini.

 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penangkapan mereka hasil laporan polis diterima pukul 6.30 petang, semalam berhubung rusuhan yang tular menerusi video berdurasi 50 saat.

See also  ????? ????? ????? ?????? '?????? ????' ?? ?????? ??????

Katanya, berdasarkan rakaman video itu memaparkan seorang lelaki memakai baju putih dan berseluar pendek sedang memegang objek menyerupai sebilah pedang samurai sedang mengejar seorang lelaki lain dalam kejadian di tepi Jalan Dato’ Yusof Shahbudin, Taman Sentosa di sini.

 

“Kita juga berjaya merampas sebilah parang berhulu hitam hijau, sebuah telefon bimbit jenama Realme serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

See also  4 penyamun kecundang jua akhirnya

 

“Usaha memburu seorang lagi suspek dikenali Jacky sedang giat dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau menjelaskan motif kejadian disyaki melibatkan kes kecurian dengan siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

 

Sehubungan itu, Shamsul Amar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Zamrus Zakaria di talian 019-6892777 atau kepada Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai-balai polis berhampiran.

See also  BAGAIMANA PENIPU MELAKUKAN AKTIVITI PENIPUAN MELALUI CURI DATA 'PISHING?

▶️KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Polis berkas empat lelaki rusuh bersenjata " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156042
Users Today : 832
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24437
Users Last 30 days : 79866
Users This Month : 49767
Users This Year : 156041
Total Users : 156042
Views Today : 1434
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36946
Views Last 30 days : 122988
Views This Month : 76265
Views This Year : 238655
Total views : 238656
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares