Wanita dibelasah suami mungkin lupa ingatan

Wanita dibelasah suami mungkin lupa ingatan

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

JOHOR BAHRU – Selepas dirawat selama 27 hari setelah mengalami cedera parah akibat dipukul suaminya, pegawai wanita sebuah jabatan kerajaan akhirnya dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga di Sungai Udang, Melaka, kelmarin.

 

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fazariah, 38, berkata, kakaknya yang berusia 43 tahun masih belum sedarkan diri, namun keadaannya stabil.

 

“Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.

See also  Suami belasah isteri mengandung hingga koma dicekup selepas 38 hari

“Selepas mendapat kebenaran Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, kami membawanya pulang ke Sungai Udang semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

 

Fazariah berkata, keluarga­nya reda dengan ketentuan Ilahi selepas pasukan perubatan memaklumkan kakaknya berkemungkinan hilang ingatan selain peluang untuk pulih seperti biasa adalah tipis.

 

Katanya, usia kandungan mangsa kini memasuki 11 minggu dan dalam keadaan baik.

See also  Tujuh suspek kes bertumbuk Pasir Tumboh direman tiga hari

 

“Sekarang ini kakak hanya mampu terbaring, sedih kami lihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas.

 

“Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakak kembali sembuh selain si pelaku ditangkap dan dihukum,” katanya.

 

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa boleh berbuat demikian ke akaun bank Fazariah Nordin 160214042052 (Maybank) atau 0413841000043244 (Bank Simpanan Nasional).

See also  Video@Bawa Geng 20 kaki pukul kononnya kerana berang isterinya jadi mangsa cabul bekas majikan

Berita berkaitan

https://alhadi.my/2021/05/19/polis-kesan-saksi-kes-cederakan-isteri-sehingga-parah-di-kepala/

▶️KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita dibelasah suami mungkin lupa ingatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149894
Users Today : 1501
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22396
Users Last 30 days : 79616
Users This Month : 43619
Users This Year : 149893
Total Users : 149894
Views Today : 2071
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33736
Views Last 30 days : 121896
Views This Month : 66487
Views This Year : 228877
Total views : 228878
Who's Online : 16
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares