OKU kepala besar ditamatkan bantuan JKM

OKU kepala besar ditamatkan bantuan JKM

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


KLANG – Malang kepada seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) apabila ditamatkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) kerana didakwa tidak memperbaharui kad OKU tersebut.

Muhammad Amirul Alif Azemi,15, dikategorikan OKU mempunyai penyakit kepala besar gagal memperbaharui kad tersebut susulan pelaksanaan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Oktober tahun lalu sehingga kini.

Ibunya, Siti Fatimah Tapsir, 45, berkata, dia telah tiga kali menyerahkan borang kad pembaharuan sejak Oktober lalu namun gagal susulan penutupan pejabat JKM.

Katanya, suaminya, Azemi Che Mat,47, sukar bercuti selalu untuk menguruskan masalah dengan JKM kerana perlu bekerja sebagai pemandu lori kepada sebuah syarikat roti sepanjang PKP.

See also  Lelaki OKU PENDENGARAN gelang pink ditahan di pasar raya

“Setiap tahun pada bulan Oktober kita perlu memperbaharui kad OKU. Saya turut meneruskan usaha dengan membuat panggilan kepada pihak JKM namun dinyatakan bantuan tetap diberikan walaupun kad OKU tidak diperbaharui.

“Bagaimanapun, bantuan diterima sejak Muhammad Amirul Alif dilahirkan itu tiba-tiba diberhentikan menerusi surat pemakluman bertarikh 4 Januari lalu dengan alasan kami gagal dihubungi atau tiada maklumat terkini,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Perepat, Kapar di sini.

Siti Fatimah memberitahu, dia kemudiannya mendapati bantuan RM500 daripada Lembaga Zakat Selangor untuk kemudahan anaknya itu baru-baru ini.

See also  Pengecualian Cukai Jalan untuk ibubapa@penjaga OKU

“Muhammad Amirul Alif telah tiga kali menjalani pembedahan bagi membuang cecair di kepalanya sebelum ini.

“Dia hanya makan roti coklat dicicah air susu sebagai makanan harian dan perlu memakai lampin pakai buang,” katanya.

Terdahulu, Siti Fatimah menerima sumbangan bernilai RM5,000 dalam bentuk katil boleh laras, stok lampin pakai buang dan susu formula anaknya yang disampaikan Pengerusi Pertubuhan Dalam Komuniti Bandar Botanic, Datuk Shahbudin Monil.

Sementara itu Pengarah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD), Khairul Akhtar ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kes melibatkan permohonan keluarga Muhammad Amirul Alif.

See also  Bapa PersoaI Kantin Sekolah JuaI Mee Segera Goreng ‘Bodoh’, Kosong Apa Pun Tak Ada!

“Kita akan menghubungi keluarga tersebut dan menyiasat mengapa bantuan tersebut tidak dapat diteruskan pihak JKM.

“Buat masa ini, ramai kakitangan yang bekerja dari rumah semasa PKP penuh dan ini maka akan mengambil sedikit masa,” jelasnya. – K!ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " OKU kepala besar ditamatkan bantuan JKM " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146210
Users Today : 2659
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21516
Users Last 30 days : 77608
Users This Month : 39935
Users This Year : 146209
Total Users : 146210
Views Today : 3651
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32708
Views Last 30 days : 118924
Views This Month : 60838
Views This Year : 223228
Total views : 223229
Who's Online : 48
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares