ERL gantung semua perkhidmatan mulai 3 Jun 2021

ERL gantung semua perkhidmatan mulai Jumaat ini – Wilayahku

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PURATA pengguna harian ERL merosot sebanyak 69 peratus pada 2020 berbanding 2019 sebelum negara dilanda COVID-19 dan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, purata penumpang terus menjunam sebanyak 89 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kredit foto oleh: Kuala Lumpur Post

 

EXPRESS Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan trennya mulai Jumaat ini (4 Jun) sehingga notis lanjut susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

 

ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat selain mengambil kira arahan terkini kerajaan berhubung langkah bekerja dari rumah serta sekatan perjalanan lebih ketat yang bermula semalam.

See also  Kontroversi Persenda Guru Bahasa Inggeris, Dj Yusuf Hits FM letak jawatan

 

“Justeru, bagi memastikan ERL mampu meneruskan perkhidmatan kepada semua pelanggannya sebaik sahaja PKP ditamatkan dan kekal mampan dari segi kewangan, syarikat dengan penuh rasa kesal terpaksa menggantung sementara perkhidmatannya sehingga notis lanjut,” menurut kenyataan itu.

 

Kenyataan itu menyebut lebih setahun selepas penularan pertama COVID-19, hampir tidak ada perjalanan udara dan bilangan pengguna perkhidmatan tren tersebut adalah terhad.

 

Ini menyebabkan purata pengguna harian ERL merosot sebanyak 69 peratus pada 2020 berbanding 2019 sebelum negara dilanda COVID-19 dan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh semalam, purata penumpang terus menjunam sebanyak 89 peratus berbanding tahun sebelumnya.

See also  Siakap Langkawi benar benar mengusik jiwa pengunjung

 

Menurut kenyataan itu, mereka yang terpaksa melakukan perjalanan kerana perkara yang mustahak sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah dinasihatkan mengambil langkah alternatif untuk pengangkutan mereka.

 

Maklumat berhubung opsyen pengangkutan dari setiap stesen ERL dan kemas kini perkhidmatan boleh didapati di laman sesawang www.KLIAekspres.com, Facebook serta Twitter KLIA Ekspres dan bagi mereka yang memerlukan bantuan lanjut sila hubungi Pertanyaan Pelanggan di talian 03-2267 8000 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 6 petang). – BERNAMA

See also  Mangsa lori terjunam Sungai Perai ditemui mati
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ERL gantung semua perkhidmatan mulai 3 Jun 2021 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156767
Users Today : 608
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23422
Users Last 30 days : 78853
Users This Month : 50492
Users This Year : 156766
Total Users : 156767
Views Today : 1127
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35540
Views Last 30 days : 121477
Views This Month : 77678
Views This Year : 240068
Total views : 240069
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares