Pegawai bank dikompaun tidak imbas MySejahtera

 

Pegawai bank dikompaun tidak imbas MySejahtera

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Georgetown: Pegawai bank dikompaun RM1,500 kerana gagal mengimbas kod MySejahtera, malah mendakwa turut tidak mengetahui kewajiban memuat turun aplikasi berkenaan dalam telefon pintar, hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesalahan itu dikesan ketika operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tempat kerja di pusat bandar bermula 12 tengah hari tadi.

See also  Kereta Ditinggalkan Enjin Hidup Rempuh Pintu Bank

 

Katanya, pegawai bank berusia 38 tahun itu didapati gagal menunjukkan bukti sudah mengimbas kod MySejahtera kepada pihak polis.

“Mengejutkan apabila pegawai bank tidak tahu setiap individu mandatori muat turun aplikasi MySejahtera bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kontak dalam membendung Covid-19.

 

“Kita kesal masih wujud segelintir masyarakat yang gagal mematuhi SOP walaupun pandemik Covid-19 sudah lebih setahun,” katanya ketika dihubungi, di sini.

See also  Polis tembak warga asing disyaki terbabit samun

 

Soffian berkata, menerusi operasi sama, sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan terhadap beberapa institusi kewangan serta pejabat swasta sekitar daerah Timur Laut.

 

Katanya, selain itu seorang wanita warga Iran turut ditahan atas kesalahan tidak mengimbas kod MySejahtera.

 

“Seramai enam individu dikompaun kerana tidak mengimbas kod MySejahtera, manakala sebuah syarikat pengangkutan dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana tidak patuh peraturan kehadiran pekerja iaitu sebanyak 60 peratus,” katanya.

See also  Berita Gembira Gaji Kecil, Tiada Slip Gaji Kini Boleh Beli Rumah

 

#????????????????????????????????????????????

Disiarkan pada: June 2, 2021 @ 8:43pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pegawai bank dikompaun tidak imbas MySejahtera " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156763
Users Today : 604
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23418
Users Last 30 days : 78849
Users This Month : 50488
Users This Year : 156762
Total Users : 156763
Views Today : 1111
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35524
Views Last 30 days : 121461
Views This Month : 77662
Views This Year : 240052
Total views : 240053
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares