{Perkongsian VIDEO }Harimau dahan kejutkan penduduk

Harimau dahan kejutkan penduduk

 

LARUT – Penduduk di Kampung Bukit Bertam, Selama di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau dahan yang dikatakan berkeliaran berhampiran kediaman mereka hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kehadiran harimau jantan spesies ‘clouded leopard’ berusia antara tujuh ke lapan tahun itu disedari penduduk kira-kira pukul 10.50 pagi.

 

Haiwan yang kelihatan kurus dan kelaparan itu dilihat berkeliaran di sekitar rumah penduduk kemungkinan bagi mencari makanan.

See also  Sembur Cat Anjing corak harimau satu kezaliman keatas Haiwan.

 

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau dahan itu dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran untuk mencari makanan.

 

Katanya, berdasarkan pemerhatian anggota, tiada sebarang kecederaan pada haiwan itu namun ia seolah-oleh tercekik seperti cuba memuntahkan sesuatu.

 

“Haiwan itu berjaya ditangkap pada pukul 11.24 pagi dan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk rawatan.

See also  Perhilitan rampas 22 unggas liar disimpan tanpa permit

 

“Pemeriksaan lanjut akan dijalankan oleh doktor veterinar termasuk ujian air kencing dan sampel darah bagi mengesan sama ada terdapat kecederaan atau masalah kesihatan lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Oleh ASLIZA MUSA

2 Jun 2021, 7:29 pm

See also  Operasi PERHILITAN rampas daging kijang dan babi hutan

Video/gambar: Media sosial

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Perkongsian VIDEO }Harimau dahan kejutkan penduduk " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133158
Users Today : 1553
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20470
Users Last 30 days : 69173
Users This Month : 26883
Users This Year : 133157
Total Users : 133158
Views Today : 2464
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31807
Views Last 30 days : 108149
Views This Month : 41783
Views This Year : 204173
Total views : 204174
Who's Online : 2
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares