Timbus lubang lorong tikus untuk rentas negeri

Timbus lubang lorong tikus untuk rentas negeri

Gua Musang, Kelantan: Polis kecewa dengan tindakan individu menimbus semula lubang yang dibuat di lorong tikus di Kampung Tanah Puteh di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Berikutan itu, polis memberi amaran terhadap sesiapa yang berbuat demikian dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Difahamkan, tindakan menimbus lubang itu dibuat untuk membolehkan lorong tikus itu digunakan bagi megelak daripada melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini.

See also  PKPD: Kawat dipasang di tangga elak penduduk keluar masuk blok

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya mengesan satu daripada enam lubang di lorong tikus yang digali polis untuk menutup laluan ditimbus semula.

Menurutnya, ada juga penghadang konkrit yang diletakkan di lorong tikus dipecahkan.

“Polis akan menggali semula lubang yang ditimbus itu supaya tidak ada ruang rentas negeri tanpa kebenaran dapat dilakukan.

“Kita menutup lorong tikus dengan menggali lubang sebelum Aidilfitri lalu, susulan ramai yang menggunakan laluan itu bagi mengelak daripada diperiksa di SJR.

See also  Timbulnya Bangkai kapal "Vivian & Sons" di Lipis

“Tindakan kita menggali lubang, menimbun tanah dan meletakkan penghadang konkrit dan besi itu usaha terakhir serta lebih berkesan untuk menghalang orang ramai menggunakan lorong tikus bagi merentas negeri,” katanya selepas meninjau enam lorong tikus di Kampung Tanah Puteh di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sik berkata, keadaan trafik memasuki Kelantan melalui SJR Kampung Tanah Puteh lengang dengan kenderaan pada hari pertama sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan bermula semalam.

See also  Perkampungan Emas di Pahang. Penduduk Seronok Mengutip Emas Sehinggakan Ada yg Memperoleh 7KG

Sumber: Harian Metro

Oleh: Ramli Ibrahim

am@hmetro.com.my

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Timbus lubang lorong tikus untuk rentas negeri " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149921
Users Today : 1528
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22423
Users Last 30 days : 79643
Users This Month : 43646
Users This Year : 149920
Total Users : 149921
Views Today : 2109
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33774
Views Last 30 days : 121934
Views This Month : 66525
Views This Year : 228915
Total views : 228916
Who's Online : 17
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares