{Video Tangkapan} Cubaan dua tahanan lari daripada polis gagal

Cubaan dua tahanan lari daripada polis gagal

HULU TERENGGANU – Cubaan nekad dua lelaki yang merupakan suspek kes curi melarikan diri daripada tahanan polis tidak berhasil apabila mereka berjaya diberkas semula di Kampung Temala, Pengkalan Berangan, Marang hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sewaktu melarikan diri pada pukul 10.45 malam, mereka bersama dua tahanan lain dalam perjalanan pulang lokap Balai Polis Ajil di sini dari Mahkamah Majistret Marang di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, terdahulu kedua-dua suspek kes curi itu yang diberkas pada 30 Mei lalu dibawa ke Mahkamah Majistret Marang dengan sebuah van bagi permohonan sambung reman pada pukul 8.30 pagi.

See also  Lagi rentap kerana ejas teman wanita geng lain.

“Sewaktu dalam perjalanan pulang semula ke lokap Balai Polis Ajil, kedua-dua suspek yang duduk di tempat duduk penumpang belakang van dengan keadaan tangan bergari berantai telah tiba-tiba menyerang anggota polis yang mengiringi mereka.

“Dua lelaki masing-masing berusia 38 dan 39 tahun yang memakai pakaian lokap berwarna jingga itu kemudiannya berjaya meloloskan diri dengan melompat dari pintu belakang van polis,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, kedua-dua suspek telah melarikan diri ke dalam sebuah kebun kelapa sawit sebelum cuba dikejar dua anggota polis terlibat sehingga berlaku pergelutan.

See also  Polis buru banduan lolos

Beliau berkata, pergelutan tersebut menyebabkan dua anggota polis berkenaan mengalami kecederaan ringan sebelum operasi memburu tahanan terlepas itu dilancarkan pada pukul 11.20 pagi.

“Operasi tersebut berjaya menahan kembali suspek pertama berusia 39 tahun di kawasan kelapa sawit kira-kira satu kilometer (km) dari lokasinya melarikan diri pada pukul 12.03 tengah hari.

“Suspek kedua berusia 38 tahun pula berjaya diberkas semula kira-kira tiga kilometer daripada lokasi penemuan tahanan pertama pada pukul 1.12 tengah hari,” katanya.

See also  {Video} PDRM berjaya tangkap Warga Nigeria lari SJR

Mohd. Adli berkata, kedua-dua suspek dibawa semula ke Balai Polis Ajil untuk disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 akta sama.

▶️ KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video Tangkapan} Cubaan dua tahanan lari daripada polis gagal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133194
Users Today : 1589
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20506
Users Last 30 days : 69209
Users This Month : 26919
Users This Year : 133193
Total Users : 133194
Views Today : 2559
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31902
Views Last 30 days : 108244
Views This Month : 41878
Views This Year : 204268
Total views : 204269
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares