???????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ????????????????????

???????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ????????????????????

ARAU: Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad meluahkan rasa kecewa dengan tahap kesedaran orang ramai yang masih keluar masuk menggunakan lorong-lorong tikus khususnya di sempadan Kuala Sanglang di sini meskipun laluan tersebut sudah ditutup.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar : Pembekal ikan dari Kuala Sanglang Kedah terpaksa menghantar dan memunggah bekalan ikan yang dipesan oleh peniaga dari Perlis di laluan sempadan yang ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP3.0).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Surina berkata, tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sekatan pergerakan penuh ketika ini seolah-olah tidak diberi perhatian oleh segelintir masyarakat.

Dalam tinjauan di kawasan tersebut kelmarin, pihaknya mendapati begitu banyak motosikal keluar masuk seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

“Ketika saya berada di situ orang masih keluar masuk, bagaimana pula waktu pihak berkuasa tidak ada, berkemungkinan lagi banyak orang keluar masuk di situ.

See also  Polis siasat anggota PDRM mesej wanita selepas tahan di sekatan jalan

“Kita bagi kelonggaran buka sedikit ruang bagi membolehkan mereka yang mempunyai urusan penting bukannya sesuka hati lalu-lalang di kawasan berkenaan.

“Secara jujur saya rasa sangat kecewa, ada dalam kalangan rakyat seolah-olah masih tidak ada kesedaran tujuan PKP dilaksanakan iaitu bagi memastikan masyarakat kekal di rumah seterusnya mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Baru-baru ini, polis mengambil langkah menutup lima lorong tikus dengan penghadang batu di sekitar kawasan sempadan Kuala Sanglang di sini.

Selain tiga lorong tikus yang sebelum ini telah ditutup di pekan Kuala Sanglang, polis juga menambah dua lagi lokasi iaitu Kampung Tok Mengkula dan Jalan Tok Mengkubah di kawasan tersebut selepas mendapati laluan itu cukup aktif melibatkan orang keluar masuk bagi mengelak melalui sekatan jalan raya di Kilometer 17, Simpang Empat.

See also  Pecut kereta sebab takut kena kompaun

Tambah Surina, masyarakat sudah tentu tidak mahu melihat PKP terpaksa dilaksanakan berkali-kali selepas penularan Covid-19 masih serius.

“Kita pun tidak mahu PKP diadakan berkali-kali, jadi saya berharap sangat agar masyarakat mempunyai kesedaran untuk kekal di rumah jika tidak ada urusan penting di luar,” katanya.

See also  Hilang isteri, anak dalam kandungan kerana Covid-19

Dalam pada itu, Surina memberitahu, sebanyak lapan kompaun dikeluarkan terhadap individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan mendaftar masuk ke dalam premis menggunakan aplikasi MySejahtera.

Sumber : Utusan Malaysia

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ???????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133154
Users Today : 1549
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20466
Users Last 30 days : 69169
Users This Month : 26879
Users This Year : 133153
Total Users : 133154
Views Today : 2449
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31792
Views Last 30 days : 108134
Views This Month : 41768
Views This Year : 204158
Total views : 204159
Who's Online : 5
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares