Harimau dahan mati terkena jangkitan

Harimau dahan mati terkena jangkitan

 

IPOH – Seekor harimau dahan yang ditangkap selepas berkeliaran di Kampung Bukit Bertam dekat Selama Rabu lalu disahkan mati ketika dalam rawatan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau spesis dilindungi dengan nama saintifik Neofelis Nebulosa itu mati pada pukul 12 tengah malam Khamis lalu.

See also  PEMERIKSAAN KAKI KANAN HARIMAU BELANG JANTAN “AWANG RUAL”

 

Katanya, pemeriksaan yang dilakukan mendapati, harimau itu dijangkiti Virus Canine Distemper (CDV).

 

“Kebiasaannya, haiwan yang dijangkiti CDV ini terpaksa ditidurkan kerana ia adalah penyakit berjangkit.

 

“Bagaimanapun, harimau dahan ini tidak sempat ditidurkan kerana telah disahkan mati oleh doktor veterinar,” katanya di sini hari ini.

 

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati haiwan berkenaan tidak tercekik tulang walaupun keadaannya ketika ditangkap seperti cuba memuntahkan sesuatu.

See also  Menjaga alam sekitar bukan sekadar mengekalkan kehijauan hutan semata

 

“Berdasarkan pihak veterinar, harimau itu dipercayai terkena jangkitan daripada bawaan binatang domestik seperti anjing dan kucing,” katanya.

 

Kosmo! sebelum ini melaporkan, kehadiran harimau jantan berusia antara tujuh ke lapan tahun itu disedari penduduk kira-kira pukul 10.50 pagi.

 

Haiwan yang kelihatan kelaparan itu dilihat berkeliaran di sekitar rumah penduduk kemungkinan bagi mencari makanan dan dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau. – K! ONLINE

See also  Penawar mudah Cirit-Birit

 

Oleh ASLIZA MUSA

5 Jun 2021, 5:16 pm

Gambar Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Harimau dahan mati terkena jangkitan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149807
Users Today : 1414
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22309
Users Last 30 days : 79529
Users This Month : 43532
Users This Year : 149806
Total Users : 149807
Views Today : 1946
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33611
Views Last 30 days : 121771
Views This Month : 66362
Views This Year : 228752
Total views : 228753
Who's Online : 20
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares