Lelaki seret kucing atas jalan raya dikecam

Lelaki seret kucing atas jalan raya dikecam

 

PETALING JAYA – Perbuatan zalim seorang lelaki menyeret seekor kucing sambil menunggang motosikal yang bergerak laju mendapat kecaman netizen di media sosial.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di laman Facebooknya memaklumkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Langkap, Perak dan kejadian itu berjaya dirakam pemandu kereta.

 

Berdasarkan klip video berdurasi 34 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang menyeret seekor kucing berwarna coklat dengan menunggang sebuah motosikal.

See also  Tak sedar 'bunuh' kucing sendiri

 

Kelihatan kucing itu tidak dapat melepaskan dirinya kerana dipercayai telah diikat pada bahagian kaki belakangnya dan difahamkan kucing itu telah mengalami kecederaan pada muka dan beberapa bahagian badan lain.

 

Justeru, Animal Malaysia menggesa saksi kejadian supaya segera lapor kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak agar tindakan dapat diambil terhadap pelaku.

 

“Difahamkan kucing yang diseret adalah kucing milik jiran pelaku. Walau apa pun alasan sama ada masalah kacau ganggu atau masalah hubungan kejiranan.

See also  Lelaki diseret kereta selepas melintas secara tiba-tiba

 

“Menzalimi haiwan adalah satu jenayah di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Perbuatan ini di penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000.00,” katanya di laman Facebook hari ini.

 

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut dan menganggap perbuatan itu lebih zalim daripada binatang dan tidak berperikemanusiaan.

 

Pada masa sama, netizen menggesa agar pelaku segera ditangkap dan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa.

See also  Netizen teruja sikap lelaki buat kerja potong rumput untuk kumpul duit beli makanan kucing terbiar

▶️KOSMO! ONLINE.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki seret kucing atas jalan raya dikecam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148894
Users Today : 501
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24200
Users Last 30 days : 80292
Users This Month : 42619
Users This Year : 148893
Total Users : 148894
Views Today : 692
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36978
Views Last 30 days : 123194
Views This Month : 65108
Views This Year : 227498
Total views : 227499
Who's Online : 24
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares