Lelaki tular seret kucing atas jalanraya ditahan

Lelaki tular seret kucing atas jalanraya ditahan

 

TELUK INTAN, 5 Jun – Polis menahan seorang lelaki yang tular di media sosial mengheret seekor kucing di atas jalanraya di Langkap dekat sini, malam tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berumur 45 tahun itu ditahan ketika membuat laporan penafian di Balai Polis Langkap, kira-kira jam 9 malam.

See also  Operasi Bomba Selamatkan Kucing terperangkap tingkat 13

 

Katanya, menurut suspek, tujuan sebenar dia menangkap kucing itu adalah untuk dibuang ke kawasan kedai berdekatan rumahnya.

 

“Dia guna sauk untuk tangkap kucing tersebut dan semasa dalam perjalanan ke kedai makan berhampiran, tiba-tiba kaki depan kucing telah terkeluar dari jaring sauknya menyebabkan kucing itu terseret di atas jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Terdahulu tular video di dalam media sosial menunjukkan seorang penunggang motosikal sedang mengheret seekor kucing di atas jalan.

See also  Lima penyamun diburu polis

 

Ahmad Adnan berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

 

Menurutnya, lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.

 

Katanya, kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya selepas siasatan selesai kelak.

See also  Pengorbanan besar Ibubapa Sotong Kurita
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki tular seret kucing atas jalanraya ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148814
Users Today : 421
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24120
Users Last 30 days : 80212
Users This Month : 42539
Users This Year : 148813
Total Users : 148814
Views Today : 573
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36859
Views Last 30 days : 123075
Views This Month : 64989
Views This Year : 227379
Total views : 227380
Who's Online : 17
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares