Minum air campur peluntur untuk cegah Covid-19?

Minum air campur peluntur untuk cegah Covid-19?

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PETALING JAYA – Sebuah klip video yang memaparkan seorang lelaki warga emas minum air yang dicampur cecair peluntur tular di laman Twitter sejak semalam.

 

Video berdurasi 1 minit 16 saat yang ditonton lebih 590,000 kali itu sudah lama tersebar melalui aplikasi WhatsApp namun ia kembali tular selepas dimuat naik di pelbagai saluran media sosial, baru-baru ini.

 

Berdasarkan video itu, dapat dilihat lelaki berkenaan pada mulanya menuang satu penutup cecair peluntur ke dalam gelas plastik kecil mengandungi air berkarbonat sebelum mengacaunya.

See also  Resepi mudah sos cili tanpa gula pasir dan tanpa perasa MSG

 

Kelihatan air berwarna merah itu bertukar menjadi jernih selepas dimasukkan cecair peluntur sebelum dia memasukkan satu penutup lagi cecair peluntur ke dalam gelas berisi air teh susu.

 

Lelaki itu kemudiannya minum air tersebut sambil diperhatikan beberapa orang lagi seolah-olah dia telah biasa melakukannya.

 

Berdasarkan gaya percakapan lelaki itu berkemungkinan dia berasal dari sebuah negeri di utara tanah air.

 

Klip video tersebut turut mendapat perhatian pengasas laman sosial perubatan tempatan, MEDTweetMY, Dr. Khairul Hafidz yang menasihati masyarakat supaya tidak meniru perbuatan tersebut.

See also  COVID-19 17 Julai 2021: Jumlah kes adalah 12,528 kes

 

“Tuan, puan, adik, kakak, abang, pak cik, mak cik, datuk, datin, saya ingin menekankan dengan serius peluntur tidak akan boleh merawat Covid-19.

 

“Nanti yang minum peluntur yang akan dirawat akibat kesan sampingan,” tulisnya di laman Twitter beliau.

 

“Lihat video, beginilah bapa saya percaya sekarang dia suruh saya kunyah bunga cengkih katanya petua hilangkan Covid-19, tolonglah saya,” ujar seorang netizen.

 

“Sebenarnya itu muslihat. Cecair peluntur itu tidak pernah masuk ke dalam teh. Tengok semula betul-betul, netizen dipermainkan,” ujar seorang lagi.

See also  4 langkah untuk skrap kenderaan berenjin

 

“Walaupun ia merupakan muslihat apa tujuannya dia berbuat begitu?,” soal seorang lagi yang tidak berpuas hati.

▶️KOSMO!

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Minum air campur peluntur untuk cegah Covid-19? " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156691
Users Today : 532
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23346
Users Last 30 days : 78777
Users This Month : 50416
Users This Year : 156690
Total Users : 156691
Views Today : 941
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35354
Views Last 30 days : 121291
Views This Month : 77492
Views This Year : 239882
Total views : 239883
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares