Rakaman Santai ‘Makan angin’ bawa ular sawa 200 kg

Makan angin bawa ular sawa 200 kg

 

Putrajaya: ‘Bersiar-siar’ menunggang motosikal sambil membawa ular sawa gergasi yang sengaja dililit pada pinggang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Video tular sejak beberapa hari lalu itu mengundang pelbagai reaksi netizen susulan saiz ular sawa batik itu yang amat besar dan dipercayai seberat lebih 200 kilogram.

 

Melalui video tular berdurasi 21 saat itu, lelaki dipanggil `pak Abu’ terbabit dilihat menunggang motosikal bersama seorang lagi rakan sebelum perbuatan mereka dirakam seorang individu lain.

 

“Pak Abu’ yang membawa motosikal itu dilihat mengangkat tangan tanda gembira manakala ular itu seolah-olah dalam keadaan jinak dengan melilit pinggangnya.

See also  OPERASI MENYELAMAT SEEKOR GAJAH CEDERA TERKENA JERAT DI SG. RELAI, ARING, GUA MUSANG

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, video tular berkenaan dikesan berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 29 Mei lalu.

 

Menurutnya, ular sawa itu ditangkap di kebun getah di kampung Lubuk Simpul, Kuala Krai, pada jam 6 petang Jumaat lalu oleh individu bernama Mohd Hamdan Mahadi, 34, dan pemilik kebun getah berkenaan.

See also  Jangan bahayakan diri dengan pengambilan ivermectin

 

“Mereka khuatir ular sawa besar itu boleh mengancam keselamatan penduduk. Susulan itu ular sawa berkenaan kemudian ditangkap dan dibawa menaiki motosikal untuk diserahkan kepada pihak Perhilitan.

 

“Mereka sebelum itu bertindak menghubungi petugas Perhilitan Kuala Krai pada jam 12 tengah hari bagi memaklumkan penghantaran `reptilia’ buas itu,” katanya tadi.

 

Kadir berkata, Hamdan memohon maaf susulan tular video berkenaan yang bukan dirancang olehnya.

 

“Ular sawa batik itu kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan pada jam 2 petang Ahad lalu sebelum ditempatkan sementara di sangkar Perhilitan Kuala Krai,” katanya.

See also  [Video] Kumpulan anjing mengejar kerana minta makanan bukan menyerang.

▶️???????????????????????? ????????????????????

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakaman Santai 'Makan angin' bawa ular sawa 200 kg " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156120
Users Today : 910
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24515
Users Last 30 days : 79944
Users This Month : 49845
Users This Year : 156119
Total Users : 156120
Views Today : 1654
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37166
Views Last 30 days : 123208
Views This Month : 76485
Views This Year : 238875
Total views : 238876
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares