{Rakaman video} Gaduh di PPR Batu Muda, 14 ditahan

Gaduh di PPR Batu Muda, 14 ditahan

 

Kuala Lumpur: Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah blok di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jinjang, di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 malam tadi.

 

“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota polis yang bergegas ke lokasi menahan 14 lelaki berusia 20 hingga 54 tahun yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu.

 

See also  Seludup petrol melalui paip dasar Sungai Golok ke Thailand

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada tindakan sekumpulan lelaki yang merakam video pertengkaran suami isteri yang tinggal di flat berkenaan.

“Tindakan mereka merakam video itu disedari individu lain yang menegur perbuatan berkenaan, namun teguran itu berakhir dengan pertengkaran termasuk mengeluarkan kata-kata kesat, tolak-menolak serta pergelutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Eng Lai berkata, 10 daripada 14 suspek direman selama empat hari, manakala empat lagi direman satu hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

See also  Wanita cedera ditikam pada paha dalam cubaan samun

 

“Semakan dilakukan mendapati 11 daripada 14 suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah, manakala empat lagi tiada sebarang rekod.

 

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan menjaga kesejahteraan serta keharmonian kaum.

 

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

 

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.

 

Terdahulu, beberapa rakaman video yang menunjukkan beberapa individu yang menendang pintu rumah serta merosakkan cermin tingkap di sebuah blok di PPR Batu Muda, Jinjang, di sini, tular di media sosial, hari ini.

See also  Rakaman gaduh: polis kesan enam lelaki

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Rakaman video} Gaduh di PPR Batu Muda, 14 ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156713
Users Today : 554
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23368
Users Last 30 days : 78799
Users This Month : 50438
Users This Year : 156712
Total Users : 156713
Views Today : 991
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35404
Views Last 30 days : 121341
Views This Month : 77542
Views This Year : 239932
Total views : 239933
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares