Carut polis kerana lewat ke kelas

Carut polis kerana lewat ke kelas

 

KUALA LANGAT – Polis telah merekod keterangan seorang penuntut wanita yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis ketika melakukan penugasan sekatan jalan raya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, wanita berusia 21 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira jam 8.30 malam, Jumaat.

 

Menurutnya, wanita mengeluarkan kata-kata kesat kerana stres dengan keadaan jalan sesak ketika melalui sekatan jalan raya di Bandar Seri Putra, Bangi, bukan di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat.

See also  {VIDEO} Warga Putrajaya berpesta mercun bertempiaran lari

 

“Dia mendakwa keluar rumah pada jam 5.30 petang untuk ke kelas di sebuah kolej di Sepang kerana kelas bermula jam 6 petang tetapi jam 6.15 petang dia masih berada di laluan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

 

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin untuk tindakan lanjut.

 

See also  Motosikal Warga Emas kehabisan petrol dibantu anggota Ronda PDRM

Pada Khamis, Ahmad Ridhwan Ahmad Ridhwan mengesahkan polis menerima satu laporan berkaitan video tersebut.

 

Siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

 

Sebelum ini, tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita mempertikaikan sekatan jalan raya di kawasan itu dengan hanya membuka satu lorong sehingga menyebabkannya lewat ke destinasinya.

See also  Video✓✓Padah tayang pistol tiruan

 

Melalui video tersebut, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap anggota polis yang bertugas.

#SinarHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Carut polis kerana lewat ke kelas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155676
Users Today : 466
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24071
Users Last 30 days : 79500
Users This Month : 49401
Users This Year : 155675
Total Users : 155676
Views Today : 763
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36275
Views Last 30 days : 122317
Views This Month : 75594
Views This Year : 237984
Total views : 237985
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares