Sudah dijangka sejak pelancaran lagi, kini Pengguna dakwa dapat telefon ‘cikai’

Sudah dijangka sejak pelancaran lagi, kini Pengguna dakwa dapat telefon ‘cikai’

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SHAH ALAM – Tular video di media sosial mendakwa sebuah syarikat telekomunikasi membekalkan telefon bimbit tidak berkualiti kepada pengguna di bawah subsidi Jaringan Prihatin bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk golongan B40.

 

Video berdurasi 10 minit 34 saat itu dimuat naik di saluran YouTube oleh pemilik akaun menggunakan nama ‘VestaEris’.

 

Difahamkan punca video klip itu ditularkan ialah disebabkan kecewa kerana tidak mendapat telefon bimbit mengikut spesifikasi seperti diharapkan.

 

“Saya buat video ini kerana tidak puas hati. Mana tahu ada orang terdesak nak guna telefon, tetapi dapat yang ‘cikai’ (kualiti rendah).

 

“Masing-masing macam sampah. Saya semak spesifikasi telefon dan kebanyakan macam sampah,” katanya menerusi YouTube yang yang dimuat naik pada 15 Mei lalu.

 

Individu di sebalik klip video tersebut turut mendakwa, antara spesifikasi yang tidak sesuai digunakan ialah kamera menggunakan megapixel yang rendah, jangka hayat bateri tidak lama dan perisian tidak relevan untuk digunakan pada zaman ini.

See also  Rupanya Ini Cara Cas Telefon Dengan Betul Supaya Tak Mudah Rosak

 

Kecewa nama didaftar tanpa persetujuan

 

Sementara itu, pengguna meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sebuah syarikat telco negara yang didakwa mendaftarkan nama mereka ke pakej subsidi Jaringan Prihatin tanpa persetujuannya.

 

Difahamkan inisiatif yang menawarkan pemberian telefon percuma bersama data bulanan itu tidak boleh dibatalkan setelah pendaftaran diterima.

 

Salah seorang pengadu, Raja Zahidi Raja Abdullah, 43, berkata, syarikat tersebut mendapat data maklumatnya melalui pendaftaran Inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL (YTL-LFH) yang dilengkapkan olehnya pada tahun lalu.

 

“Tahun lepas saya buat pencalonan nama anak saya yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelan YTL-LFH. Selepas lulus, mereka hantar e-mel minta saya lengkapkan pendaftaran dengan memuat naik salinan MyKad saya dan anak. Bagaimanapun saya abaikan e-mel tersebut.

 

“Apabila pelancaran Jaringan Prihatin dilaksanakan, saya menyemak kelayakan tersebut melalui nombor MyKad dalam laman web YES. Terus sistem YES pradaftar nombor MyKad saya.

 

“Saya sedar ketika cuba menyemak dengan syarikat telco lain, mereka mengatakan saya sudah mendaftar program YES Prihatin. Pendaftaran itu dibuat tanpa persetujuan saya,” katanya.

See also  Video@Lima kelasi diselamatkan oleh APMM dari sebuah kapal karam di perairan KIMANIS

 

Pakej tidak berbaloi, tak dibenar untuk pembatalan

 

Sementara itu, pengguna perkhidmatan sebuah telco menyifatkan pakej subsidi yang diterima tidak berbaloi kerana peranti telefon dibekalkan tidak sesuai untuk menampung beban perisian terkini.

 

Seorang pengguna, Salina Maharup, 36, berkata, peranti tersebut tidak relevan untuk diguna pakai dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

 

“Telefon pakej itu merupakan model YES Altitude 3 dengan spesifikasi yang sangat rendah iaitu CPU 1.3 Ghz, lapan gigabyte (Gb) ROM, satu Gb RAM, bateri 2,000 miliampere jam (mAh).

 

“Carian di laman membeli-belah dalam talian menunjukkan dengan lebih kurang RM250, kita boleh mendapat telefon yang mempunyai spesifikasi jauh lebih baik dan sesuai untuk PdPR yang memerlukan penggunaan pelbagai aplikasi dan muat turun kerja rumah,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

 

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Tuan Syawal Tuan Roslan, 28, berasa tidak puas hati apabila hanya menerima kad sim sahaja daripada syarikat telco berkenaan.

 

Tuan Syawal mendakwa pihak telco memaklumkan bahawa dia hanya mendaftar permohonan untuk kad sim bagi inisiatif yang layak diterimanya.

See also  Bungkusan dibalut seluar dalam

 

“Saya sudah menghubungi talian perkhidmatan yang disediakan, tetapi dimaklumkan saya cuma daftar untuk kad sim saja sedangkan saya daftar dengan pakej itu sebab promosinya memaklumkan ada telefon percuma,” ujarnya.

 

Menurut Tuan Syawal, beliau juga tidak dibenarkan membuat pembatalan bagi pakej tersebut kerana sudah menghantar telefon dan kad sim kepada saya.

 

“Sekarang ini saya sudah membuka semula aduan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)dan memaklumkan saya mahu membuat pembatalan. Saya juga tidak menerima telefon itu,” tegasnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: YTL nafi wujud paksaan dalam pelan YES

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sudah dijangka sejak pelancaran lagi, kini Pengguna dakwa dapat telefon ‘cikai’ " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148489
Users Today : 96
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23795
Users Last 30 days : 79887
Users This Month : 42214
Users This Year : 148488
Total Users : 148489
Views Today : 121
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36407
Views Last 30 days : 122623
Views This Month : 64537
Views This Year : 226927
Total views : 226928
Who's Online : 27
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares