{Video}Terbabas rempuh pagar  Dada tertusuk besi pagar

Terbabas rempuh pagar  Dada tertusuk besi pagar

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jertih: Lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum merempuh pagar besi di Kampung Padang Luas di sini, hari ini.

 

Mangsa, Mohd Al Hafiz Isahak, 37, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dadanya tertusuk besi pagar dalam kejadian pada 6.45 petang itu.

 

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dari arah Pasir Puteh, Kelantan menghala ke Padang Luas dan secara tiba-tiba kenderaannya hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar pagar besi di sebelah kiri jalan.

See also  Jambatan gantung dalam pembinaan runtuh

 

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di bawa ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

See also  [Video] Pemandu Myvi rempuh Van cuba larikan diri berjaya ditahan

 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih Muhammad Tarmimi Che Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.49 petang sebelum lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

 

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kenderaan selepas bahagian dadanya tertusuk besi,” katanya.

See also  Ibu cari nafkah jadi penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video}Terbabas rempuh pagar  Dada tertusuk besi pagar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149907
Users Today : 1514
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22409
Users Last 30 days : 79629
Users This Month : 43632
Users This Year : 149906
Total Users : 149907
Views Today : 2091
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33756
Views Last 30 days : 121916
Views This Month : 66507
Views This Year : 228897
Total views : 228898
Who's Online : 9
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares