Warga Emas Layan Judi Mahjong kerana bosan terkurung DUDUK RUMAH

Warga Emas Layan Judi Mahjong kerana bosan terkurung DUDUK RUMAH

Keasyikan sekumpulan individu termasuk warga emas berusia 73 tahun bermain judi mahjong terbantut selepas pihak polis membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Resak Changloon di sini petang semalam.

” Kita bosan duduk rumah makan tidur makan tidur “, membuatkan salah seorang warga emas itu menyertai aktiviti perjudian di rumah rakannya yang di serbu pihak polis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Serbuan berakhir jam 5 petang itu dilakukan hasil daripada intipan dan risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama anggota Balai Polis Changloon.

See also  Minta RM10 untuk sarapan pagi mengakibatkan seorang bapa terima sembilan jahitan..

Difahamkan, rumah tersebut dijadikan markas perjudian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini kerana kedudukannya yang di lingkungi pagar zink dan tembok batu untuk mengaburi pihak berkuasa.

Ketika serbuan dibuat kesemua 14 individu termasuk seorang wanita warga asing itu sedang leka bermain judi mahjong. Mereka yang ditahan terdiri daripada Sepuluh lelaki dan empat wanita yang berusia lingkungan 24 hingga 73 tahun.

See also  Lelaki dipercayai ejen pembikinan dua video judi raya diburu polis

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas pelbagai barang yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian mahjong dan wang tunai yang di jadikan wang pertaruhan judi.

Kesemua mereka ditahan di lokap polis Jitra sementara proses permohonan reman pada harini. Kesemua individu ditahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan di bawah Peraturan 17(1) PPDPPB 2020 kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

See also  Berjudi di Maeps: Polis buka kertas inkuiri
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga Emas Layan Judi Mahjong kerana bosan terkurung DUDUK RUMAH " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156021
Users Today : 811
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24416
Users Last 30 days : 79845
Users This Month : 49746
Users This Year : 156020
Total Users : 156021
Views Today : 1380
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36892
Views Last 30 days : 122934
Views This Month : 76211
Views This Year : 238601
Total views : 238602
Who's Online : 4
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares