CCTV Dua lelaki samun peniaga wanita tular

Dua lelaki samun peniaga wanita tular

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PETALING JAYA – Satu kejadian samun yang berlaku di sekitar IJM Jalan Kebun berhampiran Kota Kemuning Shah Alam tular di laman Twitter hari ini.

 

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), jenayah tersebut dilakukan oleh dua orang lelaki yang menunggang motosikal terhadap seorang peniaga wanita di kawasan tersebut.

 

Rakaman berdurasi 45 saat itu menunjukkan barangan peniaga tersebut diambil oleh salah seorang penjenayah berkenaan ketika wanita itu menoleh ke arah lain buat seketika, sebelum lelaki tersebut melarikan diri menggunakan motosikal bersama rakannya yang menunggu berhampiran.

See also  Polis tembak warga asing disyaki terbabit samun

 

Peniaga wanita itu tidak sempat melakukan apa-apa dan seolah-olah terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki terbabit dan segera meminta pertolongan orang awam yang berada di kawasan kejadian.

 

Rata-rata pengguna laman Twitter menyelar tindakan penyamun tersebut dan berharap dua lelaki berkenaan dapat ditangkap dengan segera oleh pihak polis.

 

“Saya terkedu. Jika manusia sudah terdesak untuk melakukan kerja jahat, walaupun Allah sedang uji hambaNya dengan wabak Covid-19 pun tidak sedikit dia merasa takut.

See also  Hentak cermin kereta: Denda RM10,000 terhadap 'Abang Botak' kekal

 

“Kasihan kakak tu. Semoga Allah bantu kakak tersebut untuk dapatkan semula jualan,” ciap @hzqhalo.

 

Pengguna bernama @nabilaasyqin pula berkata: “Orang lain penat bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki, mereka senang sahaja datang mencuri. Sakit pula hati saya tengok video ini.”

 

Bagi @arytopia2021, apa yang berlaku tersebut sangat memalukan kerana penjenayah terbabit sihat anggota badan.

See also  Video@Curi pancing barang pos dalam pagar rumah

 

“Tindakan yang mereka lakukan sangat memalukan. Walaupun anggota badan mereka sihat, mereka memilih untuk mencuri dari bekerja,” ciapnya.

 

▶️KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV Dua lelaki samun peniaga wanita tular " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148476
Users Today : 83
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23782
Users Last 30 days : 79874
Users This Month : 42201
Users This Year : 148475
Total Users : 148476
Views Today : 107
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36393
Views Last 30 days : 122609
Views This Month : 64523
Views This Year : 226913
Total views : 226914
Who's Online : 27
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares