Kaedah Takal digunakan oleh sindiket penyeludupan dimana mereka menggunakan tali yang direntang menyeberangi Sungai Golok untuk memudahkan urusan penghantaran dengan cara mengikat barangan pada tali sistem takal yang telah di rentang dan ditarik sama ada dari bahagian MALAYSIA atau THAILAND.


Ini ekoran penutupan pintu sempadan dan kawalan ketat oleh pihak berkuasa di sepanjang daerah Pasir Mas yang bersempadan dengan negara Thailand ekoran penularan wabak Covid 19 yang melanda di seluruh dunia.
IPD Pasir Mas bersama-sama dengan agensi kawalan sempadan yang lain akan sentiasa memantau rapi bagi memastikan tiada aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dapat dijalankan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV Teknologi Takal Penyeludup Sungai Golok atasi sekatan PKP " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.