Enam beradik yatim piatu akhirnya ke sekolah

Enam beradik yatim piatu akhirnya ke sekolah

 

 

MELAKA – Nasib enam beradik yatim piatu yang tidak dapat meneruskan persekolahan di Kampung Tangga Batu, di sini, akhirnya mendapat pembelaan kerajaan negeri.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Nul Aziza Rosani,14, serta adik-adiknya, Ahmad Baharom,13, Muhd Tadrul,12, Khalid,11, Mohd Said Maulidin,8, dan Siti Khadijah,6, tidak bersekolah disebabkan masalah dokumentasi selain kematian bapa sejak Januari lalu.

 

Bapa mereka, Rosani Saman, 50, yang bekerja sebagai kontraktor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan semasa bekerja.

 

Menurut Nul Aziza, sebelum ini dia pernah bersekolah di sebuah sekolah agama swasta di Sungai Udang sehingga darjah enam. Bagaimanapun, masalah dokumentasi menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat menengah.

 

Sebagai kakak sulung, hati Nul Aziza tersentuh setiap kali adik-adiknya meluahkan keinginan masuk ke alam persekolahan. Bagaimanapun, tidak dapat berbuat apa-apa selepas kehilangan bapa sbagai tempat bergantung, pada masa sama ibu yang dijemput ilahi lima tahun lalu.

See also  Minyak subsidi Malaysia berlambak di Selatan Thailand

 

Biarpun hidup dalam keadaan serba kekurangan, namun Nul Aziza bersyukur dapat menumpang kasih ibu saudaranya, Hajirah Hiarun, 48. Hajirah, seorang orang kurang upaya (OKU) dan tinggal bersama keluarga Nul Aziza sejak dia masih kecil di rumah sewa dua bilik itu.

 

“Saya pun tak tahu kenapa tak dapat sambung sekolah seperti orang lain, saya harap sangat kami adik-beradik dapat sekolah tak kisahlah di sekolah mana pun,” luahnya.

 

Pada Rabu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali melawat keluarga Nul Aziza di rumah sewa mereka di Kampung Tangga Batu.

 

Sulaiman (kanan) menyampaikan sijil beranak kepada enam beradik yatim piatu di Kampung Tangga Batu, di sini, pada Rabu.

 

Sementara itu, Hajirah memberitahu, biarpun kehidupan mereka sekeluarga agak susah namun dia bahagia dan tidak sanggup berpisah dengan anak-anak saudaranya yang dianggap seperti anak sendiri.

See also  Rumusan insiden buli atau ragging di institusi pendidikan

 

“Sejak Nul Aziza dilahirkan saya tinggal bersama keluarga mereka, arwah bapa anak-anak ini adalah abang angkat saya.

 

“Alhamdulilah, mudah menjaga anak-anak yatim piatu ini, namun sedih bila mereka tak dapat bersekolah, harap urusan persekolahan mereka dipercepatkan,” katanya.

 

Sementara itu, Sulaiman memberitahu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka akan membantu segala urusan dokumentasi bagi proses perangkatan waris sebelum urusan pendaftaran persekolahan mereka dapat diselesaikan.

 

Menurutnya, ini penting bagi memastikan kesemua beradik ini mendapat pendidikan sewajarnya dan tidak keciciran dalam pembelajaran kerana ada antara mereka yang sudah dua tahun tidak ke sekolah.

 

Katanya, kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) juga akan berbincang dengan pemilik tanah sama ada mahu menjualkan tanah itu atau sebaliknya bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian rumah dapat dilakukan demi keselesaan mereka sekeluarga.

See also  [Video] Sudah 13 tahun menghuni stor barang, makan nasi berkuah air garam

 

“Kita telah cadangan supaya mereka berpindah ke rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong atau Tehel, Jasin namun mereka lebih selesa tinggal di sini kerana berdekatan dengan saudara-mara.

 

“Saya mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Azman Hasan membantu menyelesaikan urusan tanah untuk LPM bagi merealisasikan hasrat membina kediaman baharu demi keselesaan mereka,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Enam beradik yatim piatu akhirnya ke sekolah " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149734
Users Today : 1341
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22236
Users Last 30 days : 79456
Users This Month : 43459
Users This Year : 149733
Total Users : 149734
Views Today : 1862
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33527
Views Last 30 days : 121687
Views This Month : 66278
Views This Year : 228668
Total views : 228669
Who's Online : 22
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares