Jururawat rugi RM94,000 diperdaya individu menyamar ‘pegawai’ LHDN

Jururawat rugi RM94,000 diperdaya individu menyamar ‘pegawai’ LHDN

 

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

9 Jun 2021, 9:10 am

 

PORT DICKSON – Seorang jururawat kerugian RM94,000 selepas diperdaya sindiket “Macau Scam” yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi panggilan telefon.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada Sabtu lalu, memaklumkan menerima panggilan telefon menerusi nombor talian mudah alih oleh individu yang memperkenalkan diri daripada LHDN.

See also  ???????????? ???????????????????? ???????????????????????????? menyamun kedai serbaneka
Superitendan Aidi Sham Mohamed

“Individu itu memaklumkam mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM38,600.90 atas syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa.

 

“Mangsa menafikan perkara tersebut dan panggilan telah disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Jelas Aidi Sham, mangsa kemudiannya telah bercakap dengan pegawai polis yang didakwa berpangkat Asisten Komisioner (ACP) dan meminta mangsa memuat naik pautan aplikasi MyBNM.

See also  Video©Polis Kelantan mohon kerjasama salurkan maklumat pergaduhan di Mulong tampil bantu

 

“Dalam aplikasi tersebut pengadu iaitu jururawat telah memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.

 

“Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai seperti didakwa,” katanya.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagaimanapun apabila mangsa membuat semakan dengan pihak bank didapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya telah dipindahkan.

 

“Wang tersebut telah dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenali menerusi 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000,” katanya.-K! ONLINE

See also  IDENTITI DIGUNAKAN SCAMMER?
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jururawat rugi RM94,000 diperdaya individu menyamar ‘pegawai’ LHDN " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133157
Users Today : 1552
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20469
Users Last 30 days : 69172
Users This Month : 26882
Users This Year : 133156
Total Users : 133157
Views Today : 2458
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31801
Views Last 30 days : 108143
Views This Month : 41777
Views This Year : 204167
Total views : 204168
Who's Online : 1
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares