“KEDAI WARGA ASING KENA AMBUSH”
Majlis Bandaraya Seberang Perai telah menjalankan pemantauan di sekitar kawasan Taman Pelangi, Juru dan didapati masih terdapat kawasan perumahan dijadikan kedai runcit dan aktiviti penjajaan makanan oleh Warganegara Asing tanpa kebenaran MBSP.

Justeru, tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Pelesenan dan Direktorat Penguatkuasaan MBSP telah diambil dengan merampas tong gas, dapur, kanopi, penimbang dan peralatan perniagaan yang lain.
Warganegara asing adalah tidak dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan secara haram di tempat-tempat awam. Tindakan tegas akan diambil.
Tahniah Majlis Bandaraya Seberang Perai

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " KEDAI WARGA ASING DiPerai KENA AMBUSH " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.