Pemandu maut rempuh batu konkrit di plaza tol

Pemandu maut rempuh batu konkrit di plaza tol

 

By Kumara Sabapatty

8 June 2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh batu konkrit di Tol Plaza Setia Alam hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian itu berlaku pukul 3 petang tadi.

 

Semasa kejadian, mangsa berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Setia Alam menuju ke pusat bandar Shah Alam.

See also  Polis buru lelaki tunjuk kemaluan

 

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City berwarna hitam hilang kawalan dan merempuh batu konkrit pembahagi lorong tol Smart Tag Setia Alam di sebelah kiri.

 

“Akibat rempuhan kuat itu, kereta mangsa musnah sepenuhnya termasuk enjin manakala mangsa tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tambah Baharudin, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa memotong kenderaan tersebut sebelum mengeluarkan mangsa.

See also  Lelaki seret kucing atas jalan raya dikecam

 

Namun mangsa yang tidak bekerja telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Baharudin juga memaklumkan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

 

Polis menyiasat kejadian di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalam 1987.

 

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014- 806 6744. -MalaysiaGazette

See also  {Video} Pemandu bas ekspres rempuh Tol positif Covid-19
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu maut rempuh batu konkrit di plaza tol " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146144
Users Today : 2593
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21450
Users Last 30 days : 77542
Users This Month : 39869
Users This Year : 146143
Total Users : 146144
Views Today : 3553
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32610
Views Last 30 days : 118826
Views This Month : 60740
Views This Year : 223130
Total views : 223131
Who's Online : 60
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares