‘Tak semua Peneroka nikmati kenaikan Harga Sawit’

‘Peneroka tidak untung pun’

Tidak semua peneroka memperoleh pendapatan maksimum setiap bulan lebih-lebih lagi dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh ini.

 

KUANTAN – Kenaikan harga minyak masak yang terlalu tinggi di pasaran bukan jaminan peningkatan pendapatan langsung kepada golongan peneroka.

 

Situasi tersebut sebaliknya memberi kesan kepada peningkatan kos hidup mereka.

 

Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar berkata, pendapatan peneroka bergantung kepada harga sawit semasa dan tidak ditentukan berdasarkan harga minyak masak di pasaran.

 

Menurutnya, walaupun harga sawit agak baik ketika ini namun tidak semua peneroka memperoleh pendapatan maksimum setiap bulan lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

“Masalah kekurangan tenaga buruh antara faktor hasil tidak dapat dituai sepenuhnya sekali gus memberi kesan kepada pendapatan peneroka.

See also  Pemandu kereta tidak endah ambulans beri alasan tidak dengar siren sebab radio terlalu kuat

 

“Apabila harga minyak masak dan barangan makanan naik, sudah pasti akan memberi kesan kepada peningkatan kos hidup kami juga,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

 

Sulaiman memberitahu, sekiranya harga sawit naik peneroka mendapat manfaat namun jika harga minyak masak yang naik, faedahnya hanya dinikmati pekilang, pemborong dan penjual sahaja.

 

Sementara itu, penerokawati dari Felda Chini Timur 2, Pekan, Zainab Awang Ngah, 57, berkata, kenaikan harga barang di pasaran turut memberi kesan kepada peneroka.

 

Menurutnya, harga sawit semasa ada berubah setiap minggu dan boleh mencapai sehingga RM900 satu tan dan ada masa turun kepada RM800 untuk satu tan.

 

“Jadi apabila harga minyak masak dan barangan lain naik, kami tetap akan terkesan apatah lagi dalam tempoh pandemik Covid-19,” katanya.

See also  Gerai-gerai Makanan jual harga Yahudi

 

Zainab memberitahu, peningkatan harga minyak masak di pasaran tidak memberi impak positif kepada peneroka sebaliknya mereka terbeban jika situasi itu tidak dikawal.

 

Kebimbangan sama dilontarkan oleh belia Felda Lepar Hilir 2 di sini kerana kenaikan harga minyak masak di pasaran hanya akan membebankan pengguna termasuk peneroka.

 

Bagi Asrullah Affendi Abdullah, kerajaan perlu memantau situasi itu dan mencari punca kenaikan harganya.

 

Jelasnya, ramai peneroka sudah mampu menarik nafas lega dengan kenaikan harga sawit mentah ketika ini tetapi tidak bermakna mereka tidak akan terkesan dalam isu ini.

 

“Pada masa sama, ramai yang terkesan dalam tempoh PKP termasuk belia dan generasi kedua Felda kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

See also  Kecoh cempedak goreng kena scam lagi

 

“Justeru, kenaikan harga barangan keperluan seperti minyak masak tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

 

Beliau yang juga Naib Presiden 2, Majlis Belia Negeri Pahang menggesa kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan segera dalam mengawal kenaikan harga minyak masak di pasaran.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ‘Tak semua Peneroka nikmati kenaikan Harga Sawit’ " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156713
Users Today : 554
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23368
Users Last 30 days : 78799
Users This Month : 50438
Users This Year : 156712
Total Users : 156713
Views Today : 990
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35403
Views Last 30 days : 121340
Views This Month : 77541
Views This Year : 239931
Total views : 239932
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares