Taktik Baru Skeme, Aktivis masyarakat nafi anak hidap sakit kronik

Taktik Baru Skeme, Aktivis masyarakat nafi anak hidap sakit kronik

Natipah menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung tindakan menggunakan nama dan gambar miliknya di Facebook, bagi memperdaya orang ramai. Gambar kanan: Seorang pengguna Facebook telah menggunakan gambar dan nama Natipah bagi memperdaya orang ramai.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SUNGAI PETANI – Seorang aktivis masyarakat menafikan dirinya berstatus ibu tunggal dan mempunyai anak menghidap sakit kronik seperti tular di media sosial.

 

Natipah Abu, 48, berkata, gambar dan kisah mengenai dirinya menjadi tular apabila dikaitkan dengan dua kes kanak-kanak sakit kronik yang dimuat naik seorang pengguna Facebook.

See also  'Pak guard' kena lempang gara-gara minta periksa suhu

 

Menurutnya, kenyataan seperti yang dilaporkan menerusi hantaran terbabit adalah tidak benar sama sekali dan menggesa pihak berkuasa menjalankan tindakan sewajarnya.

 

“Saya bimbang gambar serta identiti telah disalah guna pihak tertentu bagi tujuan meminta simpati dan memperdaya orang ramai untuk memohon dana kepada tabung kebajikan yang tidak wujud,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

 

Menurut Natipah, salah seorang kanak-kanak yang ditular telah selesai menjalani pembedahan manakala seorang lagi sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, namun hantaran di akaun terbabit menceritakan sebaliknya.

See also  Lelaki terlebih perihatin Provokasi liar terhadap penjawat awam

 

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Gurun, Kedah pada Isnin,” katanya.

 

Katanya, laporan turut dipanjangkan kepada pihak bank bagi mengelakkan orang ramai terpedaya dengan penipuan ‘scammer’ terbabit.

 

Menurut Natipah, penularan maklumat palsu terbabit dikhuatiri menjejaskan reputasi beliau sebagai aktivis masyarakat yang mempunyai seramai kira-kira 70,000 pengikut di laman sosial Facebook.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tujuan memadam gambar dan menyekat akaun terlibat.

See also  KISAH KOPERAL ZAL-AZRI DAN DATUK' PEJUANG HAK ASASI MANUSIA

 

“Keterangan telah diambil yang mana mangsa membuat laporan polis kerana tidak mahu bertanggungjawab ke atas gambar yang dimuat naik pihak tidak dikenali bagi tujuan meminta sumbangan,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Taktik Baru Skeme, Aktivis masyarakat nafi anak hidap sakit kronik " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133191
Users Today : 1586
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20503
Users Last 30 days : 69206
Users This Month : 26916
Users This Year : 133190
Total Users : 133191
Views Today : 2550
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31893
Views Last 30 days : 108235
Views This Month : 41869
Views This Year : 204259
Total views : 204260
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares