Anak Anjing diiikat dalam guni Diselamatkan Aqila

Mulianya hati Aqilah…

Dungun: Malang nasib seekor anak anjing apabila disumbat masuk ke dalam guni yang diikat sebelum dibuang individu tidak bertanggungjawab.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bagaimanapun, nasib haiwan itu terbela selepas diselamatkan seorang gadis iaitu Aqilah Yuhanis Anuar, 24.

 

Kisah Aqilah Yuhanis yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapat perhatian netizen hingga tular di laman sosial selepas memuat naik video di TikTok petang semalam.

 

Video dirakam rakannya, Nuru Eni Malina Haslina Idris, 34 itu sehingga kini meraih lebih 5.5 juta tontonan.

Aqilah Yuhanis yang bekerja sebagai pembantu akaun berkata, dia menemui anak anjing berkenaan di hadapan sebuah bengkel dekat Paka, di sini.

See also  Inilah Sebabnya Kenapa Tikus Sangat Bernilai di Afrika

 

“Saya ternampak guni berisi anak anjing itu di hadapan sebuah bengkel ketika memandu pulang untuk pulang ke pejabat selepas makan tengah hari dengan rakan sekerja.

 

“Melihat guni itu bergerak, saya berhentikan kereta dan sebaik menghampirinya (guni), saya terdengar suara seperti ada anjing di dalamnya.

 

“Tanpa berlengah, saya terus mengambilnya (guni) untuk bawa masuk ke dalam kereta dan sebaik tiba di kawasan pejabat, saya pakai sarung tangan sebelum membuka ikatan guni itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

 

AQILAH Yuhanis sayangkan haiwan dan tidak takut walaupun dengan anjing. FOTO Aqilah Yuhanis Anuar

 

Menurut Aqilah Yuhanis, apa yang menyedihkannya apabila melihat anak anjing itu dalam keadaan tercungap-cungap dengan lehernya diikat pada tali.

See also  Tedung selar tumpang ‘sejukkan’ badan dalam mangkuk tandas

 

Disebabkan itu, Aqilah Yuhanis tidak dapat menahan sebak dan dengan pantas membebaskan anjing berkenaan daripada dalam guni.

 

“Saya memang sedih waktu melihat anak anjing itu kerana nampak kehausan dan sesak nafas.

 

“Tak dapat bayangkan keadaannya sepanjang diikat dalam guni itu.

 

“Selepas mengeluarkannya daripada guni, saya terus memberinya makan dan minum sebelum meletakkannya ke satu tempat yang selamat tidak jauh daripada kawasan pejabat” katanya yang menetap di Kampung Nibong Bawah, Dungun.

 

Berkongsi pengalamannya, Aqilah Yuhanis berkata, dia pernah menyelamatkan anjing, kucing, monyet dan haiwan lain sebelum ini.

See also  Video Kisah Burung Isi Batu untuk dapat air bukan mitos

 

“Ikutkan saya memang sukakan haiwan dan tidak takut walaupun dengan anjing.

 

“Jika ternampak ada bangkai haiwan mati di atas jalan raya, saya akan mengalihkan ia dan lakukan apa yang termampu,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Anak Anjing diiikat dalam guni Diselamatkan Aqila " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156687
Users Today : 528
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23342
Users Last 30 days : 78773
Users This Month : 50412
Users This Year : 156686
Total Users : 156687
Views Today : 932
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35345
Views Last 30 days : 121282
Views This Month : 77483
Views This Year : 239873
Total views : 239874
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares