Bapa bantu anak OKU jual tudung saji unik dapat perhatian Menteri Besar Pahang

Bapa bantu anak OKU jual tudung saji unik dapat perhatian Menteri Besar Pahang

 

Kuala Lumpur: Seorang bapa sanggup melakukan apa saja untuk menggembirakan anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) termasuk memberikan sokongan dan penjagaan sebaik mungkin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Husin Yakub, 73, berkata, sebagai bapa, dia sentiasa memberikan dorongan kepada anaknya, Mariani Husin, 37, dalam menghasilkan corak anyaman menarik pada tudung saji dijualnya.

 

“Sebagai bapa, saya hanya menyokong apa yang membuatkan anak saya gembira dan tidak pernah memaksa dia (Mariani) untuk bekerja.

 

“Saya mengambil berat anak saya termasuk membelikannya motosikal untuk memudahkan dia pergi berniaga di Pekan Sehari, Temerloh dan Mariani adalah anak yang sangat baik,” katanya ketika dihubungi dari Temerloh, Pahang.

See also  [Video] Sudah 13 tahun menghuni stor barang, makan nasi berkuah air garam

 

Husin berkata, anaknya mempunyai kelemahan secara fizikal seperti kurang kekuatan kaki untuk berjalan, selain pekak dan bisu sejak kecil.

 

Menurutnya, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rutin Mariani adalah berniaga di Pekan Sehari Temerloh dan dia akan keluar berniaga seawal 6.30 pagi.

 

Katanya, Mariani mula belajar menganyam riben pada tudung saji selepas belajar daripada seorang kawan di kampung pada 2015 dan tudung saji besar berharga RM70 manakala RM35 untuk bersaiz kecil.

See also  Video pemandu "King" wanita hebat membantu seorang individu berkerusi roda tular di media sosial.

 

“Pada awalnya, dia mula menganyam menggunakan riben kertas sahaja. Kemudian dia menggunakan riben satin selepas melihat gambarnya.

 

“Sebelum ini, Mariani pernah bekerja di kilang dan kedai makan, namun atas sebab-sebab tertentu, dia berhenti dan mula menganyam tudung saji,” katanya.

 

Menurutnya, mereka pernah mendapat tempahan dari seluruh Malaysia dan ada pelanggan dari Singapura ingin membeli tudung sajinya.

 

Bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan menyebabkan mereka terpaksa menolak dan hanya menerima tempahan dari kawasan terdekat sahaja.

 

“Buat masa ini, Mariani banyak menerima tempahan dari kawasan sekitar seperti di Jengka dan Temerloh sahaja,

 

See also  Hati cekal 'rider kaki besi'

“Bagi tempahan saya hanya menunjukkan gambar kepadanya dan dia akan cuba untuk menghasilkan tudung saji berdasarkan gambar itu,” katanya.

Kisah ini telah mendapat kata kata semangat dan doa dari YAB Menteri Besar Pahang

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Bapa bantu anak OKU jual tudung saji unik dapat perhatian Menteri Besar Pahang " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156735
Users Today : 576
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23390
Users Last 30 days : 78821
Users This Month : 50460
Users This Year : 156734
Total Users : 156735
Views Today : 1046
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35459
Views Last 30 days : 121396
Views This Month : 77597
Views This Year : 239987
Total views : 239988
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares